Monday, July 28, 2008

Sekitar Mesyuarat Minggu Kedua .....

Sebanyak 7 Cawangan telah bermesyuarat pada minggu kedua. 2 Cawangan telah bermesyuarat pada 26 hb iaitu Cawangan Taman Gembira dan Cawangan Pagar Ruyong.

Cawangan Taman Gembira menyaksikan bekas ketua Cawangan abang Mansor telah melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada muka baru untuk menerajui Cawangan.

Sebanyak 5 cawangan telah bermesyuarat dan 1 cawangan telah ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Bahagian (Datuk Hisham) telah mendahului dengan mendapat 10 pencalonan berbanding dengan Mustapha masih mendapat 2 pencalonan. Terdapat pertembungan perlawanan pencalonan untuk Sara (Calon Ketua Bahagian) di 3 cawangan, tetapi gagal mendapat pencalonan.

Berikut adalah keputusan tidak rasmi setakat hari ini :

Ketua Pemuda : Razlan (8), Alawi(3) dan Mustakin (2)
Naib Ketua Pemuda : Ghazali (4), Badrul(4), Nayan (4) dan Anuar (1)




"Mesyuarat Cawangan Taman Gembira yang diadakan di Hotel Pearl Point"

"Mesyuarat Cawangan Taman Salak Jaya yang diadakan di Dewan UMNO Salak Jaya"


"Bergambar selepas mesyuarat Cawangan Taman Gembira, Badrul dan Anuar ... Calon Naib Ketua Pemuda "






"Bergambar semasa Jamuan Makan di Mesyuarat Cawangan Taman Gembira, calon Ketua Puteri, Mona liana dan Azliza(Penyandang)"






7 comments:

Anonymous said...

Pertandingan yg mempunyai campur tangan bahagian. tlg hentikan. jangan asyik nak catur org sampai diri sendiri tergadai. masih ada peluang untuk memperbetulkan keadaan sebelum terlamabat.

Anonymous said...

Jika benar apa yg dikatakan oleh saudara anonymous(sekurang-kurangnya letak lah nama samaran),amat lah memalukan.Adakah kita sanggup menjadi kuda tunggangan orang lain.Diri tergadai dan kemudian ahli2 jugak akan tergadai.Tetapi sudah menjadi kebiasaan,orang yg tidak berkemampuan menjadi pemimpin akan mencari seseorang utk bertaut.Kemudian ada juga yang menjadi Ringgit Malaysia untuk mendapat percalunan dan undi.Yg ini lagi memalukan.Jika benar apa yg dikatakan akan hancurlah UMNO Seputeh.Kerana ramai akan menjadi kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti.

Anonymous said...

Sila rujuk laporan di www.wilayahkini.blogspot.com mengenai Seputeh.

Dia said...

Dengan adanya persaingan yang sihat dikalangan yang bertanding akan mewarnai lagi pentas percaturan. Setiap calon yang bertanding akan melakukan yang terbaik.
Dan telah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih seorang pemimpin yang berkarisma, mempunyai matlamat terhadap jawatan yang disandang.
Keikhlasan yang datang dari hati yang tulus akan menjadikan seseorang calon itu sedar akan tanggungjawab yang bakal dipikul.

Anonymous said...

DIA,
PERSAINGAN MEMANG SIHAT.TIDAK DAPAT DINAFIKAN.TETAPI PERSAINGAN AKAN MENJADI TIDAK SIHAT BILA CALUN PEMIMPIN (BUKAN BAKAL PEMIMPIN) YANG TIDAK MEMBERIKAN KOMITMEN KEPADA PARTI SELAMA INI MERASAKAN BELIAU LAYAK DAN JUGA DATANG TIBA-TIBA UNTUK MENAWARKAN DIRI UNTUK BERTANDING DENGAN JANJI-JANJI PALSU DAN YANG PALING CANTIK SEKALI MENAWARKAN HABUAN.KEPADA KETUA BAHAGIAN DAN BEBERAPA ORG PEGAWAI DAN ORANG MUNAFIK DENGAN MUKA TIDAK MALU MEMBANTU DAN MENAJA SAYAP-SAYAP TERUTAMA PEMUDA DAN PUTERI UNTUK BERTANDING.
HELLO TUAN-TUAN.KAMI DISEPUTEH TIDAK SEBODOH YANG DISANGKA.KETUA-KETUA CAWANAGN PELACUR BOLEH LAH KAMU BELI TAPI TIDAK SEMUA TAU.
SIDANG BAKAL PERWAKILAN SEMUA JANGAN JADI PELACUR. TOLONG LAH .. JAGA LAH UMNO SEPUTEH SEBAIK MUNGKIN.

Anonymous said...

nak bertanding bertanding lah... tetapi biarlah secara sihat. bukan dengan menghentam org atau membeli org. malu lah org melayu boleh dijual beli. jangan lah masuk campur sayap2. biar lah mereka memilih pemimpin yg mereka selasa dan yg mereka mahu. tunjuk lah kebolehan dan kredibiliti dan bukan mengutuk dan mencari kesalahan org. hanya org yg tidak mempunyai kredibiliti saje yg akan menggunakan cara itu untuk meraih undi. fikir2 kan lah. pilih lah yg terbaik.

Anonymous said...

Calon menawarkan diri apabila dia merasakan pemimpin itu tidak menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan,dia merasakan perubahan perlu dilakukan. Kita sebagai ahli seputeh berhak memilih atau menolak pencalonan.

Setakat pandai berkata pemuda pemudi seputeh tidak sebodoh yang difikirkan tetapi apabila disogok dgn sedikit habuan kata kata itu hilang. Jadilah mereka umpama lembu dicucuk hidung. takut untuk berkata TIDAK. Sedangkan semua sedia maklum yang menyogok mereka itu tidak berkemampuan untuk memimpin. tetapi sekiranya pemimpin yang sediaada sekadar untuk melengkapkan carta organisasi Seputeh tidak salahrasanya diberi peluang kepada pencalunan baru.....

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...