Sunday, August 17, 2008

Politik oh Politik .....

"Cawangan Permatang Pasir, menyaksikan pertandingan Ketua Cawangan Wan Samsiah vs Calon Naib Ketua Bahagian(HJ Osman) yang menyaksikan Kak Wan menang, Datuk Hisham juga telah mendapat Pencalonan Ketua Bahagian, Rahim timbalan dan Aziz sebagai Naib. Jamal Azhar sebagai Ketua Pemuda baru Permatang Pasir"

"Calon-calon Naib Ketua Bahagian makan bersama semasa Mesyuarat Cawangan Mega Mendong, Kak Yam(kiri), Aziz Shafie - penyandang (Tengah), Ghazali (Kanan). Kak Yam merupakan Pengerusi Biro Pendidikan merangkap Naib Ketua Wanita Bahagian, Ghazali pula merupakan Bendahari Bahagian. Cawangan Mega Mendong yang Ketua Cawangannya SUB telah mencalonkan Datuk Hisham Sebagai Ketua Bahagian, Beliau sebagai Timbalan Ketua Bahagain dan Saara Ali Basha sebagai Naib Ketua Bahagian"


Keputusan tak rasmi Terkini:

Ketua Bahagian : Datuk Hisham (21), Mustapha (7)
Ketua Pemuda : Razlan (15), Alawi (12), Mustakim (2)
Naib Ketua Pemuda : Ghazali (9), Bad (9), Nayan (6), Anuar (5)
Ketua Puteri : Azliza (16), Mona (5)
Naib Ketua Puteri : Wati(17), Azian (4)

Politik bukan untuk main-main, itulah unggkapan Datuk Ketua Bahagian Seputeh, Hisham Abdul Majid.

Malangnya, ada dikalangan orang lama UMNO di Seputeh tidak dapat menerima secara ikhlas dan jujur perjuangan beliau. Ada dikalangan mereka yang lebih seronok sekiranya tidak mementingkan pembanggunan tetapi yang pasti kebajikan gurka-gurka politik mesti dijaga dan disuap serta dikasi makan yang cukup.

Ada dikalangan mereka sanggup menyatakan pendidikan itu tidak penting dan tidak perlu buat, ada dikalangan yang menolak secara terang-terang aktiviti kearah pendidikan.

Melihat suasana ini, barulah kita sedar, bagaimana UMNO boleh hilang roh perjuangnya, barulah kita sedar, kenapa orang luar makin benci dan jijik dengan UMNO.

Sekiranya terdapat orang-orang politik seperti ini di seluruh Malaysia, yang mementingkan diri tanpa peduli apakah yang akan terjadi kepada anak-anak Melayu akan datang, nescaya ranap dan punahlah negara kita.

Sebagai Pemimpin sudah tentu kita perlu menjawab semua tuduhan dan fitnah yang dilemparkan kepada kita, kita perlu akur tidak semua manusia disekeliling kita adalah Sahabat. Dan kita perlu akur juga Orang Melayu belum cukup matang untuk membuat keputusan sendiri.

Fitnah menfitnah menjadi Raja, yang dibantu juga tidak tahu diuntung, yang di beri makan juga tidak tahu mengenang jasa. Didalam Politik, barulah kita lihat, manusia yang sebusuk-busuk hati dan manusia yang munafik dihadapan kita.

Pemimpin Betul kita sokong dan pemimpin salah tetap kita bantah, itulah ungkapan yang manis dan berpengaruh, tetapi ungkapan ini seringkali digunakan untuk kepentingan peribadi , diolah dan diulit secara baik agar tidak nampak najisnya. Di olah secara cantik dan teratur agar tidak nampak niatnya.

Orang luar Seputeh, mungkin tidak faham apakah maksud yang saya tuliskan disini, tetapi Orang Dalam Seputeh akan faham, faham dari segi positif atau negatif, itu terpulang kepada pembaca, saya hanya menulis apakah yang terasa dan teringat demi untuk berkongsi agar kita ambik yang baik dan buang yang buruk.

Itulah politik ..... yang tidak ada di ada-adakan... yang manis di pahitkan.. yang bersih dikotorkan .. yang ditolong tidak kenang jasa.. dan macam-macam lagi...

Minggu hadapan kita habis bersidang untuk peringkat cawangan .... kita akan menghadapai bulan Ramadan dan Syawal .. Saya berdoa agar luka-luka yang terjadi ini dapat kita pulihkan.. dapat kita rawat dan Minta pada ALLAH semoga didalam perjuagan dan peperangan sesama Melayu ini tidak akan ada yang mendapat kanser, peyakit yang tidak ada ubat. Tidak ada pendamaian dikalangan kita, Nau-Zubillah.

Wasalam ...

6 comments:

Anonymous said...

wahai ahli2 yg disygi di seputeh...jager2 la dgn calon2 yg nk bertanding ni. jgn la tepengaruh dgn janji2 manis diorg ni. ade yg dh termkn budi, kini terpaksa tunaikn janji. luah mati mak, telan mati bapak. takat tabur janji tapi esok2 buat2 luper ...buang karan je

Anonymous said...

amatlah sedih jika ada orang melayu kita sendiri yang meremehkan tentang perjuangan bangsa melayu.saya sendiri pernah berborak dengan seorang sahabat yang mana dia sudah muak bila ada orang memperkatakan tentang perjuagan bangsa.apa yang dia mahukan ialah perjuangan agama.tapi dia lupa bahawa perjuangan bangsa melayu juga meliputi perjuangan agama. kerana melayu dan islam adalah cukup sinonim di malaysia.malah boleh dikatakan setiap melayu itu ialah islam. maka, diharapkan pemimpin di seputeh ini akan terus memperjuangkan bangsa melayu walau apapun matlamat politiknya.

*takkan melayu hilang di dunia.

ntkarat said...

Kalian yang ku hormati,

Sepanjang tahun ini kita disajikan dengan pergolakan politik dalam negara... rata2 menunjukkan org2 melayu saling tikam menikam sesama sendiri.

Seolah2 kita sedang berusaha menjadikan kejatuhan empayar Melaka sebagai contoh terbaik kita.

Org2 Melayu berlumba2 utk menjadi pemimpin tanpa pedulikan kepentingan perpaduan org2 Melayu...yg penting kuasa dan kemenangan..

Bagi Cawangan2 di Seputeh....he,he agak kelakar pada pemilihan kali ini. Perlembagaan UMNO ibarat satu signboard yg hanya dilihat bukan utk di ikuti. Ada cawangan yg buat mesyuarat tp x tahu peraturan. Pengerusi tak tahu peraturan perlembagaan dan ikut suka hati jalankan mesyuarat..he,he,he

Ada bakal calon yg hebat konon nya..he,he,he..... apa sudah jadi
x betul pun kasi betul juga da he,he,he... pengundi hantu,surat MT, notis mesyuarat x terima,ahli x boleh msk mesyuarat, pemuda2 hilang akal (ops kalu silap harap maaf)..itulah hakikatnya

renung2 kanlah

ntkarat said...

salam,

tertarik dgn auraputih,

Perlu di ingat Melayu adalah bangsa bukan agama. kalau kita gaulkan maka terjadi ler cara menghalalkan hukum...itulah yg byk terjadi dgn pemimpin2 UMNO sekarang.

Dalam perjuangan kena tahu asas-asas tertentu. Bukan ikut naluri dan kaedah golongan tertentu tp perlu ada rujukan yang tepat.

Perlu di amati dan difahami erti "MELAYU".... apa dan siapa itu melayu?

Renung2 kanlah

Razlan said...

Salam NtKarat,

Itu lah yang akan terjadi kalau Terlebih tangan Luar Mengawal Cawangan...

Tapi apa pun .. segala peristiwa merupakan pengalaman .. dan pengalaman menjadikan kita lebih matang ...

Terima Kasih kerana Komen anda ..

Selamat Berpuasa.

ntkarat said...

salam politik,

`Bersama meluah pendapat demi keutuhan islam dan bangsa Melayu`
"16 sept 08"
isu semasa yg hangat diperkatakan 16 sept 2008..... tarikh semakin dekat...andaian demi andaian dikeluarkan...mustahil utk di capai,itulah yg pasti..

Jadikan lah iktibar sejarah yg lepas.... namum harus di ingat anak2 melayu semakin tersasar dalam menentukan keputusan...lihat saja PRU 12...he,he
Kepada bakal pemimpin peringkat cawangan mahupun Bahagian usah berlengah lg. Jalankan atau lakukanlah sesuatu dlm menjana pemikiran yg lebih jitu dan realitik terhadap ahli-ahli anda..

Jangan sampai kita di persalahkan oleh generasi akan datang

Renung2 kanlah

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...