Thursday, August 14, 2008

Bulan Merdeka yang sunyi

Asalamualaikum .....

Bulan ini bulan Merdeka, saya percaya pada tahun ini semua tidak merasakan suasana kemerdekaan seperti tahun-tahun yang lepas, banyak faktor dan sebab kenapa Bulan Merdeka kali ini sunyi dan senyap ....

1. Budget untuk sambutan kemerdekaan telah di potong 50%, ini adalah kerana kos belanjawan negara yang meningkat, dan negara bersetuju untuk berbelanja secara berhemah.

2. Dibulan ini juga dijalankan Mesyuarat UMNO cawangan-cawangan, selalu, yang menghormati dan mempromosikan Kemerdekaan adalah parti UMNO, oleh disebabkan Mesyuarat cawangan berlangsung, maka fokus untuk memeriahkan bulan Kemerdekaan telah lari dan senyap sunyilah bulan Kemerdekaan.

3. Ditambah lagi, Peperangan diantara UMNO dan PKR, diantara Penasihat PKR(MUSUH MELAYU) dan UMNO di Permatang Pauh. Sudah tentu akan melarikan banyak fokus rakyat dan pemimpin jesteru mengabaikan Bulan Kemerdekaan.

4. Bulan ini juga Malaysia disajikan banyak peristiwa yang menarik, Majlis Peguam yang kurang ajar yang berani menanjurkan Forum berniat jahat (MEMELUK ISLAM), Khalid, MB Selangor yang bermain api, mencadangkan untuk membuka UITM kepada bangsa lain.

5. Sedar tak sedar, kita sudah sampai ke pertengahan Bulan Merdeka, sedar tak sedar kita telah disajikan dengan pelbagai peristiwa yang mengusik Perjanjian kita semasa Merdeka, dan sedar tak sedar, perkara yang terjadi di bulan merdeka ini akan menentukan 2 perkara yang asas yang diperjuangkan oleh UMNO semasa Merdeka.

6. PKR dengan niatnya mengubah Malaysia menjadi Negara Berpalimen tanpa Raja, akan menentukan Calon PM beliau menang di Permatang Pauh. Sekiranya mereka menang, mereka akan menyusun stretergi untuk membuat demontrasi besar-besaran yang akan menjatuhkan Kerajaan beRaja agar Perlembangaan Negara Malaysia ditukar Kepada Perlembagaan SAMARATA.

7. Pada Bulan ini, Orang Melayu sudah bangkit, Pelajar sudah tahu, siapakah yang sebenarnya ingin menjual Tanah Melayu kepada Bangsa lain, peristiwa Pelajar UITM seluruh negara membuat bantahan terhadap MB Selangor telah membuktikan Orang Melayu Masih sayang kepada Tanah Melayu. Pemuda Masih ada jati diri yang kuat sekiranya diusik kepentingan Melayu.

8. Bulan ini juga, saya berharap agar Pemimpin-peminpin UMNO, baik dari peringkat Cawangan sehinggakan peringkat Malaysia agar insaf dan balik ke pangkal jalan. Di dada akhbar, ramai orang LAMA UMNO meluahkan pendapat, risau dan gusar dengan keadaan politik UMNO pada kali ini. Banyak peristiwa Membeli dan Menjual Maruah semasa perjalanan Mesyuarat Cawangan dan ianya dilaporkan terjadi diseluruh Negara.

9. Runtuhnya moral dan akhlak UMNO hari ini disebabkan lahirnya banyak Jutawan diantara Melayu yang tidak Bermoral. Runtuhnya Moral dan Akhlak UMNO adalah disebabkan Pemimpin menaja dan ditaja agar KUASA dapat dikekalkan. Runtuhnya Akhlak dan Moral UMNO hari ini adalah kerana Pemimpin, baik dari peringkat Cawangan, Bahagian dan Malaysia membenarkan perkara ini berlaku.

10. Jadi, adakah wajar bulan Kemerdekaan ini disajikan dengan perkara-perkara yang bertentangan didalam Pembentukan Malaysia yang telah diperjuangkan oleh UMNO dahulu ?

patutlah senyap sunyi bulan KEMERDEKAAN ini ....


"Penulis(kiri) bersama dengan Pak Mail Bab(Tengah) dan Razak. Pak Mail merupakan pakar sejarah Seputeh, walaupun sudah berusia, tetapi Seputeh kagum dengan daya ingatan Pak Mail yang sehingga sekarang masih ingat peristiwa-peristiwa sejarah. Pak Mail juga sering kali dirujuk tentang sejarah UMNO dan pembentukan Malaysia malah Peristiwa Kemerdekaan ada di kepala beliau, tanyakan sahaja soalan berkenaan dengan Magaren, Komunis, Kemerdekaan, sehinggakan peristiwa negara Komunis beliau tahu... "

1 comment:

Anonymous said...

selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke 51 . semoga malaysia aman , makmur & maju...amin

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...