Sunday, August 10, 2008

Segalanya Mungkin dalam Politik .....

Minggu ini menyaksikan pertembungan hebat didalam Pencalonan Ketua Bahagian. Cawangan Naib Ketua Pemuda, Alawi (Kucai Lama) yang membuka tirai mesyuarat untuk minggu ini(Sabtu) telah mencalonkan Ketua Bahagian Saudara Mustapha Kamal, Rahim Aman pula menang dengan menjoriti 1 undi kepada SUB(Sarifuddin). Aziz pula menyaksikan menang banyak kepada Hj Osman.

Pada hari Ahad, menyaksikan Cawangan Mustapha Kamal (Happy Utara) bermesyuarat di Perl Point dan mencalon diri beliau sebagai Ketua Bahagian. Alawi sebagai Ketua Pemuda dan Anwar sebagai Nib Ketua Pemuda. Cawangan Happy Utara juga merupakan cawangan Ketua Puteri dan sudah tentu pencalonan diberi kepada beliau dan Naib kepada Wati.

Pada masa yag sama juga, berlangsungnya serentak 3 Cawangan lain yang bermesyuarat. Cawangan Goodwood bermesyuarat di Peal Point. Cawangan Setiausaha Pemuda ini memperlihatkan pertandingan hebat didalam pencalonan Ketua Bahagian dan menyaksikan Datuk Hisham kalah kepada Mustapha Kamal, dan pencalonan Pemuda pula menamakan Alawi sebagai Ketua Pemuda dan Ghazali sebagai Naib.

"Para tetamu menjamu selera di perkarangan Kg Petaling, walaupun didalam musim pertandingan, keluarga UMNO tetap mesra dan ramah"

Di Perkarangan Kampung Petaling pula menyaksikan lahirnya Ketua Pemuda Baru, Saudara Masri Bakar, anak kepada ketua cawangan Kg Petaling, beliau akan mengetuai Pemuda Kg petaling untuk penggal ini. Pada penggal yang lepas, cawangan ini telah mencalonkan Mustapha Kamal, dan pada tahun ini telah bertukar arus kepada Datuk Hisham Majid. Pemuda pula kepada Razlan dan Naib Saudara Badrul.

"Datuk Hisham bersama dengan Ketua Cawangan Persiaran Seputeh Datuk Zainal Kamis, makan selepas majlis Perasmian, Datuk Zainal merupakan kem Datuk Hisham semasa pertandingan 2004, tetapi cawangan beliau telah mencalonkan Mustapha sebagai Ketua Bahagian untuk kali ini ... itulah yang dikatakan .. segalanya mungkin didalam politik"

Mesyuarat Cawangan Persiaran Seputeh yang telah diadakan di MAB Briekfields telah menyaksikan pencalonan tanpa bertanding untuk Mustapha Kamal dan Pemuda kepada Alawi dan Naib kepada saudara Anuar.

Mustapha Kamal memerlukan 1 cawangan lagi untuk melayakkan beliau untuk bertanding sebagai ketua Bahagian UMNO Seputeh.

Dengan berbaki 12 Cawangan lagi, apapun boleh berlaku, calon Ketua Pemuda, Mustakim yang belum lepas quota pencalonan dijangkakan akan berkerja keras pada minggu akan datang.

Ada juga rakan-rakan menasihatkat untuk memberi pencalonan kepada baliau dan seterusnya melayakkan beliau untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda Seputeh, apapun mungkin berlaku .. kita lihat apa pula peristiwa yang menarik minggu depan .... segalanya datang dengan USAHA ... tidak ada yang datang bergolek ..... TUNGUUUUUU....


Keputusan tak rasmi Terkini :
Ketua Bahagian : Datuk Hisham Majid (16), Mustapha Kamal (6) Ketua Pemuda : Razlan (12), Alawi (9), Mustakim (2)
Ketua Puteri : Azliza (11), Mona (5)


"Azmi Tekun menyambut Rosli yang hadir ke Mesyuarat Kg Petaling. Azmi merupakan orang kuat dibelakang takbir bagi cawangan Kg. Petaling."


9 comments:

Anonymous said...

Salam....Syabas Sdr.Razlan.Buat pertama kali setelah berminggu-minggu mengikuti paparan suasana pertandingan di seputeh dari blog sdr saya dapati paparan kali ini lebih bersifat neutral tidak menyebelahi mana-mana pihak.ini sebenarnya yg kita mahu lihat.berlaku adil kepada semua pihak sementelah lagi sdr juga merupakan salah seorg calon pd pemilihan kali ini.Teruskan menulis dgn mengekalkan cara yg berhemah dan mengikut etika2 yg seharusnya ada pd seorg blogger.REZEKI TIDAK DATANG BERGOLEK...BERUSAHALAH KAMU...SEGALANYA MUNGKIN DALAM POLITIK...

infogue said...

artikel anda :

http://politik.infogue.com/
http://politik.infogue.com/segalanya_mungkin_dalam_politik_

promosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda yang terbaik dan terpopuler menurut pembaca.salam blogger!!!

Anonymous said...

sorry puteri liza bukan 11.
sg besi mesyuarat semula
salak jaya - akan mesyuarat semula ( terpulang perhubungan wilayah)
goodwod-takde puteri -gantung
petaling utara- gantung
dato panglima garang gantung
abadi indah- tidak valid belum mesyuarat caw.jadi belum sah.

Sila betulkan info.

Anonymous said...

nampaknya pencalonan bagi ketua pemuda semakin sengit dan mendebarkan.namun kedudukan masih belum berubah.lapang dada bila lihat calon boleh beramah mesra antara satu sama lain.cuma yang tak syok nya bila orang kat belakang2 yang melaga2 dan menabur fitnah.itu yang patut kena elakkan.
*amboii banyak juga cawangan kat seputeh ni gantung.apa dah jadi..

Anonymous said...

puteri seputeh...Makluman kpd anda.Pencalonan pu3 setakat ini spt yg dipaparkan oleh sdr razlan adalah betul.Azliza -11,Mona-5...Wati-12,Azian-4.Angka ini tdk termasuk pu3 cwgn yg digantung dan ditangguhkan.Sebarang kemyuskilan boleh berhubung terus dgn SU pu3 Bhgn atau SU bhgn sendiri.Harap maklum.

Unknown said...

cik su pu3 boleh list ke cawangan mana kpu3 dapat cawangan mana yang mona tu dapat cawangan mana yang gantung cawangan mana kena bersidang semula tengok banyak sangat korum pu3 ni cukup-cukup makan pelik jugak macam mana ni?salah sapa tu?

Ke cik su pu3 ni pun bias almaklumla dengar citer cik su pu3 pun bertanding jugak tu yang nak selit pencalonan sendiri yang lebih tu...

Apa-apa pun HIDUP SU PU3!!!!Kenapa tak bertanding KPU3 je?

Anonymous said...

syabas, tahniah & tima kasih pd naib ketua pemuda sdr alawi krn berani melakukn anjakan paradigma yg begitu hebat skali di peringkat caw. semoga tuhan byr tunai pd anda di satu masa nanti. insyallaahh...amin

Anonymous said...

salam nypa milky,
Walaupun saya akan btanding, tahun ini saya tetap su pu3 lg. Saya menjalankan tugas mengikut yang ditetapkan. Sekiranya saya berat sebelah takde lah saya anta wakil2 pu3 mengikut permintaan cwgan. Request cik nypa insyaAllah saya akan fullfill kan. Saya ikut turn. Sekiranya naib pu3 bhgian belum habis umur, saya tetap akan menjadi su pu3.

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,
sungguh hebat blog yg ada. saya pelik tahun 2004 pun tahun pertandingan tapi tak lah teruk mcam tahun ni. org mengutuk org, buat cerita pasal org lain. sampai dah tak takut pd Allah swt. sampai minyak dagu pun keluar di blog wilayahkini.

kenapa lah jadi sampai begini. bertandinglah secara sihat.

kepada nypa milky, bagi saya semua su menjalankan tugas mereka. su ni lah sebenarnya tulang belakang. su pu3 telah menjalankan tugas beliau walaupun beliau hendak betanding. semasa persiaran kelang bersidang, wakil bhgian adalah azian. saya tanya su pu3 kenapa hantar azian dan bukan org azliza? beliau menyatakan bahawa itu adalah permintaan cawangan. saya tabik mereka menghormati permintaan cawangan. sedangkan mereka boleh menghantar org lain ke cawangan tersebut.

pertandingan pemuda pun hebat. cuma nasihat saya jgn lah kutuk mengutuk sesama sendiri. ini akan membinasakan bangsa sendiri dan juga umno.

taniah buat wanita yg tidak mempunyai pertandingan kecuali jawatan yang kosong.

ingat lah bertandinglah secara sihat. jgn sampai hilang melayu di dunia dan hilang umno. sesungguhnya Allah swt memerhatikan kita. kalah menang di tangan Nya.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...