13 Jan 2009 - Bagaimana sebuah parti yang dilabelkan memperjuangankan islam boleh duduk bersama dengan orang yang menentang agama Islam.
Karpal didalam pengakuan dua tahun lepas dan di ulangi lagi sekali baru-baru ini, tidak akan menerima Malaysia sebagai Negara Islam dan hukum hudud.

Orang kampung selalu ditipu oleh PAS dengan janji-janji akan memperjuangkan agenda Islam sekiranya diberi kuasa.
Ustaz-ustaz PAS sanggup menipu dan berbohong dengan wadah perjuangan islam. Pelik tapi benar sekiranya kita melihat apakah yang dilakukan oleh Pemimpin PAS didalam permerintahan di Perak dan Kedah, tidak langsung dilihat memperjuangkan agama mahupun bangsa.
PAS menjadi boneka dan merupakan lembu yang ditarik hidung oleh tuannya (DAP).
Sepanjang UMNO berkuasa, jarang sekali kita dilihat ditarik Hidung oleh orang bukan Melayu. Oleh sebab itulah Melayu masih lagi berkuasa dan boleh menikmati keistimewaan dan islam masih Agama Rasmi Malaysia.
Kita lihat di Selangor, PAS dibuli-buli oleh Melayu PKR dan di sokong oleh Bukan Melayu, DAP.
Agenda Melayu pada hari ini ialah bagaimana kita harus mengekalkan kuasa di tangan Melayu. Orang Islam sudah masaya untuk bersatu dan memperjuangkan Agama dan Negara Malaysia.
Permintaan yang melampau oleh orang bukan islam kebelakang ini adalah disebabkan kita sudah tidak bersatu.
Melayu sudah berpecah kepada 3 kelompok yang besar, walaupun Melayu menduduki Malaysia sebanyak 65%, dan selebihnya bangsa india dan cina, tetapi kita sudah dibahagi kepada 3.
Jadilah Melayu golongan minoriti di Malaysia.
Sekiranya perkara ini tidak dilihat oleh Orang Melayu dari segi mengekalkan kuasa politik Malaysia, percayalah kita akan dikuasai oleh bangsa lain.
Jesteru itu, UMNO yang diberikan mandat oleh orang Melayu dari dahulu, perlu bermesyuarat dan berfikir secara mendalam bagaimana kita mengekalkan kuasa di tangan Melayu.
PAS yang selama ini dilihat memperjuangkan ISLAM, sepatutnya memikirkan bagaimana tidak dibuli dan dijadikan Lembu yang ditarik hidung oleh DAP, janganlah kita mengadai maruah agama kita semudah itu kerana ingin kan kuasa yang sedikit.
Melayu PKR yang dilihat akan mengadaikan apa sahaja demi melihat Anwar menjadi Perdana Menteri sudah sepatutnya sedar dan insaf.
Bersatulah Melayu, tidak ada apa yang boleh menyelamatkan Negara Malaysia sekiranya kita tidak bersatu dan masih lagi membahaskan perkara asas.
Perpecahan diantara kita suda ketara, hanya tunggu masa untuk pecah, kelak siapa yang untung. Sudah semestinya bukan Melayu yang Untung.