Wednesday, January 14, 2009

Untungnya bukan Melayu.

13 Jan 2009 - Bagaimana sebuah parti yang dilabelkan memperjuangankan islam boleh duduk bersama dengan orang yang menentang agama Islam.

Karpal didalam pengakuan dua tahun lepas dan di ulangi lagi sekali baru-baru ini, tidak akan menerima Malaysia sebagai Negara Islam dan hukum hudud.

Orang kampung selalu ditipu oleh PAS dengan janji-janji akan memperjuangkan agenda Islam sekiranya diberi kuasa.

Ustaz-ustaz PAS sanggup menipu dan berbohong dengan wadah perjuangan islam. Pelik tapi benar sekiranya kita melihat apakah yang dilakukan oleh Pemimpin PAS didalam permerintahan di Perak dan Kedah, tidak langsung dilihat memperjuangkan agama mahupun bangsa.

PAS menjadi boneka dan merupakan lembu yang ditarik hidung oleh tuannya (DAP).

Sepanjang UMNO berkuasa, jarang sekali kita dilihat ditarik Hidung oleh orang bukan Melayu. Oleh sebab itulah Melayu masih lagi berkuasa dan boleh menikmati keistimewaan dan islam masih Agama Rasmi Malaysia.

Kita lihat di Selangor, PAS dibuli-buli oleh Melayu PKR dan di sokong oleh Bukan Melayu, DAP.

Agenda Melayu pada hari ini ialah bagaimana kita harus mengekalkan kuasa di tangan Melayu. Orang Islam sudah masaya untuk bersatu dan memperjuangkan Agama dan Negara Malaysia.

Permintaan yang melampau oleh orang bukan islam kebelakang ini adalah disebabkan kita sudah tidak bersatu.

Melayu sudah berpecah kepada 3 kelompok yang besar, walaupun Melayu menduduki Malaysia sebanyak 65%, dan selebihnya bangsa india dan cina, tetapi kita sudah dibahagi kepada 3.

Jadilah Melayu golongan minoriti di Malaysia.

Sekiranya perkara ini tidak dilihat oleh Orang Melayu dari segi mengekalkan kuasa politik Malaysia, percayalah kita akan dikuasai oleh bangsa lain.

Jesteru itu, UMNO yang diberikan mandat oleh orang Melayu dari dahulu, perlu bermesyuarat dan berfikir secara mendalam bagaimana kita mengekalkan kuasa di tangan Melayu.

PAS yang selama ini dilihat memperjuangkan ISLAM, sepatutnya memikirkan bagaimana tidak dibuli dan dijadikan Lembu yang ditarik hidung oleh DAP, janganlah kita mengadai maruah agama kita semudah itu kerana ingin kan kuasa yang sedikit.

Melayu PKR yang dilihat akan mengadaikan apa sahaja demi melihat Anwar menjadi Perdana Menteri sudah sepatutnya sedar dan insaf.

Bersatulah Melayu, tidak ada apa yang boleh menyelamatkan Negara Malaysia sekiranya kita tidak bersatu dan masih lagi membahaskan perkara asas.

Perpecahan diantara kita suda ketara, hanya tunggu masa untuk pecah, kelak siapa yang untung. Sudah semestinya bukan Melayu yang Untung.

5 comments:

Unknown said...

hudud telah dipolitikkan. Mereka menjual agama untuk keuntungan dunia.

Anonymous said...

wahai encik razlan.....
cuba komen kenapa melayu di kuala trenganu memilih pas sbgai pemimpin mereka.....adakah b.n sdh tidak relevan lg pada mereka..... kemana peginya kepercayaan yg d beri pd pilihan yg lps...apa sdh jdk dgn UMNO & B.N.........malu rasanya...kalah dan kalah......
pd sy baik anda masuk pas......

Anonymous said...

adakah kemenangan yg dicapai oleh parti PAS pada pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu di sifatkan sebagai 'lembu ditarik hidung juga'?

MBE said...

bro

link kan aku nyer blog

http://mohdbadrulezan.blogspot.com

Anonymous said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...