Tuesday, January 27, 2009

Imeg UMNO pun nak di calarkan.

Melihat kepada senario pertandingan pada kali ini, ramai orang UMNO yang risau dan khuatir.

Semua tahu pertandingan kali ini merupakan permilihan yang akan menentukan nasib bangsa dan nasib UMNO pada PRU13.

Sejauh mana tindakan yang diambil kepada perwakilan dan calon pada pertandingan ini, ianya akan mengambarkan berapa tercalarnya imeg UMNO kepada masyarakat.

Tidak ada gunanya sekiranya kita dapat membersihkan pertandingan ini tetapi hasilnya masyarakat hilang kepercayaan kepada UMNO.

Tidak ada gunanya luka yang dibuat semasa pertandingan ini sekiranya sudah tidak ada ubat penawar yang akan memulihkan UMNO.

Pada awal musim mesyuarat dijalankan, MT sudah meletakkan garis panduan yang tidak membenarkan berkempen.

Pelik tapi benar, Sebuah parti politik yang sepatutnya modalnya merupakan "berkempen" tidak dibenarkan berkempen.

Seolah kita mencari pemimpin berdasarkan tunjuk menunjuk, kenal mengenal, tahu menahu.

Tataertika yang digariskan, langsung membuntukan para calon untuk berkempen, akhir sekali boleh dikatakan semua calon melanggar peraturan tataertika pertandingan.

Kenapa perlu kita mengariskan perkara yang kita sendiri tahu ianya tidak logik dan kita tahu hampir semua calon akan melanggar peraturannya?

Politik wang memang perlu dicegah, cukup Parti mengambil tindakan, kenapa perlu kita melibatkan SPRM?

Orang berkhidmat didalam UMNO merupakan amal jariah dan tidak dibayar gaji. Kederat dan semangat yang tinggal sedikit inilah yang digunakan untuk menyuburkan UMNO itu kembali, tetapi ianya telah hilang akibat dari peraturan yang tidak masuk akal.

Janganlah kita mencalarkan lagi imej UMNO dimata masyarakat, cukuplah sekiranya diambil tindakan didalam Parti sahaja.

Apa sebab kita ingin melibatkat Badan Penguatkuasa, kenapa perlu kita menceritakan dan memaparkan kudis di antara kita kepada masyarakat?

Tidak ada faedahnya,kelulusan untuk SPRM melibatkan diri menunjukkan pemimpin UMNO sudah hilang kawalan didalam UMNO.

Bak kata orang, kalau kita dah tak boleh kawal, elok berhenti sahaja.

3 comments:

Apache said...

Ini masalahnya apabila pemimpin atasan bercakap lain, buat lain seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Sememangnya intipati politik itu berkaitan dengan hubungan. Jika tidak boleh berhubungan lebih baik dihapuskan semua parti politik di Malaysia ni dan pemimpin sekarang boleh memegang jawatan sampai meninggal dunia. Hapuskan terus pilihanraya dan sisitem beraja dihidupka semula. Daulat Tuanku...

Kosing said...

Betul kata demo. kawe sokong 100%. Seolah-olah lepas ni ahli-ahli UMNO akan jadi malaikat belaka apabila politik wang disekat. Yang dok sogok masa praya tu politik apa kebende?

Razlan said...

Daulat Tuanku ...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...