Sunday, January 04, 2009

Bebaskan Palestine

Asalamualaikum,

5 Jan 2009 - Bersama kita berdoa agar Negara Palestine dibebaskan dari belenggu Zionis dan bebas daripada serangan yang sedang ditujukan kepada mereka.

Hari ini sudah hampir 500 orang terbunuh. Mereka telah memulakan serangan darat awal pagi tadi dan marilah kita lebihkan berdoa kepada Allah Swt agar saudara islam kita dilindungi.
Demontrasi secara aman di kedutaan Palastine bagi menyatakan sokongan kepada negara Palaestine oleh Pemuda BN dan Belia 4B dan NGO

Negara kita sudah memulakan kempen untuk boikot barangan Yahudi dan juga US.

Marila kita bersama-sama mengenalpasti parangan keluaran US dan Israel dan senaraikan didalam blog ini seterusnya kita sampaikan melalui email kepada semua rakan di seluruh dunia.

Kita berharap juga FATAH dan HAMAS bersatu untuk mempertahankan bumi kelahiran ramai Ambiak ini.

Janganlah jadi macam di Kedutaan Palestine hari tu, malu dan malas nak melayan kerenah mereka, walaupun jauh dari negara mereka, tetap mereka tidak bersatu walaupun ianya didalam majlis untuk memberi sokongan kepada Negara Mereka.

Terdetik dihati , bagaimana mereka akan bersatu menghalang serangan Israel sedangkan mereka sendiri tidak boleh bersatu dari dulu, sekiranya tidak berperang dengan israel, mereka akan bergaduh dan berperang sesama sendiri.

Wasalam ....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...