Wednesday, January 28, 2009

Pemimpin DUIT!

Pada minggu lepas, kita saksikan ADUN Bota telah keluar parti dan telah menyertai PKR.

Sekarang kedengaran juga beberapa nama ADUN Perak ingin keluar parti kerana tidak menang jawatan di dalam Bahagian."Inilah Pemimpin DUIT, mengadaikan maruah keluarga dan memalukan keturunan beliau sendiri, UNDI yang diberi atas tiket BN telah di khianati oleh beliau hanya kerana DUIT. Haram keluarga dan keturunan beliau sekiranya niat untuk berpindah kerana DUIT, menjual diri kepada Parti yang menjual bangsa kepada bangsa lain(PKR)"

Perkara ini setelah dirisik-risik, ianya merupakan lebih kepada masalah DUIT dan Kuasa Mendapatkan DUIT.

Inilah kualiti kepimpinan yang ada di kalangan ADUN sekarang. Tidak dapat sedikit dah nak keluar parti. Ada ADUN yang lambat dapat peruntukan ADUN dah nak keluar parti.

Didalam kita menceritakan tentang kredibiliti, mencari pemimpin yang bersih, mencari pemimpin kuat jati diri, pada masa yang sama, ADUN-ADUN ini menceritakan tentang DUIT dan tidak langsung memikirkan bangsa dan agama yang selama ini menjadi kata-kata dibibir mereka.

Saya akan berasa MALU sekiranya menceritakan tentang DUIT menjadi punca kita keluar parti. Kerana ianya melibatkan maruah diri dan keluarga.

ADUN Bota dan rakan-rakan yang keluar parti boleh dianggap telah menjual diri dan keluarga mereka. Sekiranya PERAK yang terang-terang telah memberikan 999 tahun kepada orang cina dan sekarang mereka boleh duduk semeja, pikirlah sendiri, mereka merupakan pemimpin hamprak.

Pemimpin seperti ini hanya berlakon didepan rakyat dan UMNO kerana inginkan jawatan semata-mata hendakkan DUIT untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka.

Dan saya percaya mereka semua sudah mendapat apa yang mereka cari tetapi masih tidak cukup, kerana itu mereka kalah di permilihan parti. Kerana mereka tidak diterima oleh orang yang sayangkan UMNO.

Malulah kepada anak cucu kamu wahai pemimpin yang tidak amanah! Bersedialah sekirang cucu kamu kencing di kubur kamu kerana kamu seorang yang pentingkan DUIT daripada perjuangan AGAMA BANGSA dan NEGARA.

4 comments:

Pemuda IKS said...

Salam perjuangan,

Kalaulah perkara sebegini berterusan, musnahlah UMNO. Mana pergi semangat perjuangan agama, bangsa & negara? Kini perkara pokok menjadi soal kedua. Yang utama, kuasa, harta & kemasyhuran. Astaghfirullah. Insaflah wahai umat akhir zaman.

"Memperkasa Generasi Baru"

Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP

http://pemudaiks.blogspot.com

azlishukri said...

peluang untuk UMNO bersihkan daripada orang yg tidak ikhlas.

Anonymous said...

Salam pd semua....

Hihihihihihi apa la kauorg ni...
bila ada org g parti lain kauorg ckp kerana duit....agak2 arr....
kalu org PKR atau PAS msk umno kauorg ckp ikhlas atau sedar.....apa la kauorg ni...
setahu aku la kn....org bota yg kuat ni dh ckup kaya....dulu dia jawatan apa beb....kaya sgt ke KEADILAN nk bg duit kt dia...
mengaku jelah kn senang....
jgn main tuduh jer.....
kelakar btl la lu org ni....
dia ada hak nk msuk mana yg d pikirkn btl...biar kn jelah...
agak2 la kn....brapa juta lu org blh dpt kalu lu org msuk PKR...
agak2 arr...bro....
mmg kelakar lu org ni...
takut bayang2 sndiri...
LU PIKIR LAR SENDIRI......

Wasalam.....

Razlan said...

PKR sanggup menjual apa sahaja, mengadai apa sahaja..

maruah keluarga, bangsa dan agama hanya demi untuk mendapatkan kuasa..

itu sudah maklum..

sedarlah ... tapi kalau saudara pikir kita tidak perlu mempertahankan bangsa dan agama .. terpulang lah kepada saudara ..

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...