Tuesday, July 15, 2008

Mesyuarat Cawangan Bermula Penggal 2008-2011


Caption " Kedai Mamak Teh Tarik yang bersebelahan dengan pejabat Bahagian menjadi tempat untuk borak-borak politik setiap hari ... lebih-lebih di waktu sekarang .. "

UMNO Bahagian Seputeh akan memulakan Mesyuarat pertama cawangan pada 20 Julai 2008, Cawangan Ketua Bahagian akan bermesyuarat pada jam 9.00pg di Pejabat UMNO Bahagian Taman Danau Desa.

Sebanyak 6 Cawangan akan bermesyuarat pada 20 Julai dan dijangkakan pertembungan 2 pejuru bagi jawatan Ketua Bahagian, 3 Penjuru bagi Timbalan, 5 Penjuru bagi Naib.

Dengan kekosongan jawatan Ketua Pemuda, dijangkakan 3 calon menawarkan diri bagi mengisi kekosongan itu, Jawatan Naib pula akan dipertandingkan, dijangkakan pertandingan 4 penjuru.

Puteri pula diramalkan akan ada pertandingan 2 penjuru yang mana Azliza akan mempertahankan jawatan beliau.

Wanita yang diterajui oleh Senator Azizah Samad dijangkakan selesa kerana tidak ada pertandingan, manakala Naib pula akan disaksikan 2 calon baru akan menawarkan diri.

"Tunggu dan lihat siapakah yang akan dicalonkan didalam minggu pertaman ini .... tunggu ..."

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ...

Kepada semua cawangan-cawangan Selamat Bersidang dan kepada semua calon-calon Selamat Berjaya.

Berkempen lah secara sihat dan tidak menjanjikan apa-apa yg kita sendiri tidak boleh tunaikan.

Anonymous said...

Salam Bro Razlan,

Apa mcm boleh ada gambaq ayahandaku sifuku dlm blog hang nie ..
Anyway thanks.

Anonymous said...

tapi bila pihak atasan menjalankan taktik menyerang dan berkempen ke setiap cawangan secara senyap dan menyerang peribadi seseorang amat tidak elok. ubahlah cara agar semuanya dapat berjalan lancar

Anonymous said...

Good Luck .... Persidangan UMNO Cawangan-cawangan di Parlimen Seputeh ......... huh ... membosankan ... pemimpin yang sedia ader pun tak boleh menyatupadukan silaturrahim ... maka berlakulah lagi PERPECAHAN ...

Anonymous said...

Amat-amat bersetuju dgn anonymous.kepimpinan yang sedia ada memang memecah belahkan perpaduan antara ahli sehingga sanggup melakukan apa saja untuk kepentingan sendiri...

budaya ugut mengugut dan tekanan yg diberikan kepada cwgn2 harus ditentang habis2an.dek kerana sikap rakus pemimpin sebeginilah yg melemahkan parti UMNO sehingga ahli menjadi mual dan akhirnya menyepikan diri....fikir2kan lah....

Anonymous said...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada NIAT HATI DAN AMALAN-AMALAN kamu.”

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: “Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya”.

Razlan said...

Terima Kasih kepada semua yang memberi komen didalam laman ini.

Sekiranya sahabat tidak keberatan, tinggalkan lah nama atau nick name selain memakai gelaran anonymouse.

Terima Kasih diucapkan sekali lagi ...

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...