Sunday, January 18, 2009

Tahniah Pemuda WP.



Tahniah kepada Pemuda Wilayah yang telah bertungkus lumus didalam menjalankan kerja-kerja yang telah diamanahkan kepada mereka didalam Pilihanraya Kecil Kuala Terngganu.

Tahniah juga diucapkan kepada Ketua-ketua Pemuda Cawangan Bahagian Kuala Terengganu terutama yang bekerja bersama-sama Pemuda Wilayah.

Tahniah juga kepada KP-KP Bahagian yang telah berkerja didalam menjaga peti-peti UNDI yang telah ditanggunjawabkan, Rizalman selaku ketua Jentera Pemuda Wilayah, Datuk Zaki dan Tengku Azman juga dilihat bertungkus lumus di pusat pembuangan undi, kelihatan juga Azni(Baru) dan Sazali Kamilan(Lembah Pantai)

Titisan peluh yang jatuh ke bumi Terrengganu sememangnya telah mengambarkan keikhlasan kita untuk berjuang.

Kita sebagai Pemimpin kerdil telah buat yang termampu dan Alhamdullilah Peti UNDI yang kita jaga menang(Bandar).

Tahniah juga kepada Exco-Exco angkat yang tidak hadir langsung, Tahniah juga kepada Menteri-menteri dan juga MT-MT yang berkerja sambil lewa dan ada yang tidak hadir menjenguk PETI UNDI ANGKAT mereka.

Pemimpin UMNO pada hari ini sudah masanya INSAF, Sekiranya kita masih lagi buat endah tak endah kepada perjuangan parti dan rakyat, masih lagi kita boleh duduk di rumah dan di hotel-hotel dan mengharapkan budak suruhan didalam membuat tanggunjawab mereka, tidak ada makna menjadi pemimpin parti pada PRU 13.

Kita akan Kalah dan hilang Kerajaan!

Kepada Para Perwakilan, Soalan yang Pertama sepatutnya diajukan kepada Calon-calon MT dan Exco sekiranya berjumpa, tanyalah mereka, apakah sumbangan mereka didalam Pilihanraya Kecil ini. Sekiranya mereka memberi alasan tidak hadir, kita pikirkanlah apakah perjuangan mereka.

3 comments:

Anonymous said...

untuk kali kedua nya BN kalah dalam pilihanraya kecil selepas Permatang pauh(PP). walaupun telah di buat kaji selidik diatas kekalahan di PP, namun tewas juga di Kuala Terengganu (KT). apakah kaji selidik yang dibuat ada kesilapan..sebenarnya walau sebanyak mana pun kaji selidik atau perancangan yang dibuat, namun jika ahli BN sendiri tidak ikhlas dalam menjayakan nya..semua itu hanyalah sia-sia belaka..
kita lihat, berapa ramai orang Umno yang bersungguh2 dalam memberikan khidmat di KT.kehadiran sangatlah membanggakan..sangat ramai..tapi yang buat kerja berapa kerat ajer..selebihnya datang makan angin bersiar2..itulah yang berlaku di KT.saya berada di sana, mungkin yang saya lihat ini salah, orang lain tak tahu lah..
kini saya merasakan sudah tiba masa nya Pemuda UMNO memainkan lebih peranan dan seharusnya diberikan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan kepercayaan kaum muda terhadap UMNO yang kini kita lihat semakin lemah cengkaman nya..
di KT, saya melihat kaum muda di sana lebih banyak mengibarkan bendera parti pembangkang berbanding bendera BN mahupun Umno.
bukan hanya pada hari mengundi, malah dalam masa berkempen pun mereka telah mula mengibarkan bendera..
jadi saya merasa kan PEMUDA UMNO harus bertindak sekarang, jika mahu menawan semula pada PRU yang akan datang.
ayuh PEMUDA, bangkit lah..
jadilah PEMUDA BERANI & BERANI BERUBAH..

M.Saad said...

RAZLAN'S....

Pemimpin kita kalau dah berjawatan kabinet (x semua kot) mana nak sanggup turun bermain lumpur. Kadang kadang tuuu, kawasan sendiri pun dah ingat jalan nak balik...kalu pi pejabat tuuu asyik2
setiausaha dia yang dok layan, dia x nampak muka.

Depa nie rajin turun jumpa orang kampung (perwakilan) pada musim pemilihan aje. Jam 4 pagi pun sanggup p ketuk rumah perwakilan lagi.Bila dah dapat cth Ketua Bahagian kaaa, tunggu laaa pemilihan akan datang plak....Tu pun dok menang jugak.Duit duit duit.

Anonymous said...

akum semua...
apa sdh jadi dgn b.n....
sungguh memalukan....
lps ni hangpa kata apa plk pd pengundi d k.t...
mungkin diaorg tertipu dgn janji pas kot....tak pn depa ni bengong kot g undi pas....
cuba hangpa kaji apa ada dlm b.n
jgn kaji kenapa kalah....
dan hangpa cuba kaji lak apa ada dlm pas....knapa depa blh menang lak....
hemmm..........
renung2kn lah....
wasalam.....

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...