2 September 2008. - Minggu lalu telah menyaksikan 4 cawangan telah bersidang. Cawangan Taman Salak Jaya yang telah di arah oleh Majlis Tertinggi untuk meneruskan mesyuarat yang tetangguh, General Bersara Husaini (SU Kerja Malaysia) telah menghantar surat kepada Pihak Bahagian dan membatalkan keputusan Bahagian yang lepas.
Tindakan Dato Husaini ini mendapat tentanggan dari pihak pengadu yang mana beliau berangapan Dato Husaini telah berat sebelah kerana membuat keputusan berdasarkan sebelah pihak. Pihak Pengadu tidak dipanggil untuk disiasat dan Majlis Tertinggi telah membuat keutusan tanpa merujuk kepada pengadu.
Hasil dari Keputusan Dato Husaini, seramai 16 angota polis dari IPK, Cheras dan Salak Selatan telah diarahkan untuk mengawal perjalanan mesyuarat Cawangan Taman salak Jaya.
Kekusutan ini amat dikesali dan sepatutnya tidak terjadi sekiranya Pihak Majlis Tertinggi lebih peka kepada masalah setempat dan membuat keputusan secara lebih berhati-hati. Bukan hanya membuat keputusan dengan menggunakan hak sebagai MT (Keputusan Mutlak MT).
Pada awal lagi mesyuarat hendak dimulakan telah berlaku kekecohan, ini berikutan ahli yang berbayar tidak dibenarkan masuk kerana ahli ini tidak hadir pada mesyuarat yang lepas. Menurut surat Dato Husaini, mereka yang tidak hadir pada Mesyuarat yang lepas tidak dibenarkan masuk dan ini secara langsung telah menolak hak ahli UMNO yang telah membayar yuran selama RM1 untuk 1 tahun.
Mesyuarat ini hampir-hampir digantung disebabkan keadaan sudah menjadi kecok dan tidak terkawal. Disebabkan semua ahli yang hadir didalam dewan merupakan ahli SETEMPAT, yang telah dibesarkan dari kecil sehingga dewasa bersama-sama, maka jalan penyelesaiaan telah dapat dicapai.
Pihak Pengadu mengalah kerana melihat wajah ibu-ibu yang duduk dihadapan. Pihak Pengadu beralah kerana melihat wajah bapak-bapak yang selama ini bersama-sama mengajar dan bersama-sama membesarkan mereka.
Peristiwa ini telah memberikan pengajaran kepada semua yang hadir, mereka telah melihat peristiwa keji dan mulia. Keji kerana disebabkan orang luar telah menabur racun demi untuk memastikan kemenangan walau dengan apa cara sekalipun. Keji kerana orang luar sanggup berbuat apa sahaja sehinggakan sanggup memecahkan orang tempatan demi untuk meraih kemenangan.
"Pak Amiruddin, seorang vateran UMNO Salak Jaya yang kesal dengan tindakkan MT dan juga perjalanan mesyuarat yang mengalami kekecohan ... beliau merupakan (Mantan)Timbalan Ketua Cawangan semasa zaman Arwah Nordin menjadi Ketua Cawangan, beliau telah hadir pada Mesyuarat yang Lepas tetapi namanya tidak ada didalam senarai kehadiran ...."
Disebabkan keakraban yang telah dipupuk selama 30 tahun, kemulian telah timbul pada hati ahli-ahli Taman Salak Jaya. Kemulian untuk melihat UMNO Cawangan Taman Salak Jaya masih lagi hidup dan wujud.
Kemulian ini terpancar hanya satu sebab - "Untuk Melihat UMNO Masih Subur di TAMAN SALAK JAYA".
Bagi orang politik luar, sudah pastinya melihat perkara ini merupakan satu kompromi, tetapi ianya bukan disebabkan oleh kompromi, ianya adalah untuk memastikan Kami di Salak Jaya hidup lebih harmoni tanpa ganguan PIHAK LUAR. Orang yang berniat keji sudah tentu tidak ada titik putih dihati mereka untuk menerima penjelasan ini, tetapi, apa boleh buat, itu hak mereka, semoga dibulan Ramadhan ini mereka dapat keberkatan dan keinsafan.
Pihak Majlis Tertinggi sekali pun tidak akan paham dan mengerti peristiwa yang terjadi di Taman Salak Jaya, mereka boleh beranggapan ianya hanya satu kes daripada beribu kes, tetapi untuk maklumat MT, Taman ini merupakan 1 dari 5 kawasan yang mempunyai penduduk Melayu di Seputeh.
Kita tidak boleh membenarkan UMNO digantung dimana-mana kawasan penempatan Melayu di Seputeh. Bagaimana hendak kita berjuang sekiranya cawangan pun sudah digantung? Bagaimana anak-anak muda ini akan menjalankan aktiviti yang selama ini di anjurkan dibawah UMNO?
Inilah yang dikatakan "Kepentingan Diri tidak boleh melebihi kepentingan Parti", kita mesti dahulukan kepentingan parti daripada perkaraperkara lain.
Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli Cawangan Taman Salak Jaya dan ingatlah, tidak ada yang akan bertanggunjawab sekiranya terjadi apa-apa di kawasan kita selain dari kita sendiri, dan tidak ada pihak luar malah MT sekalipun yang akan membela nasib kampung kita selain dari kita sendiri.
Keputusan tidak rasmi 2 September :
Ketua Bahagian : Hisham (24), Mustapha (8)
Timb. Ketua : Rahim (21), Sarifuddin(9), Osman(1),Wahid(1)
Naib Ketua : Aziz (13), Osman(6), Mariam(6), Ghazali(5),Sara (2)
Ketua Pemuda : Razlan (15), Awie (14) , Tonet (2)
Naib : Ghazali (10), Badrul(9), Sham Anuar (7), Nayan(6)
Ketua Puteri : Azliza (18), Mona (5)
Naib Ketua : Wati (19), Azian(4)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...
7 comments:
tahniah dan syabas kepada cawangan taman salak jaya diatas perpaduan yang ditunjukkan pada mesyuarat yang lepas.sebagai orang melayu dan ahli UMNO, kitalah yang akan menentukan sama ada baik atau buruk nya UMNO itu. marilah kita bersama memartabatkan UMNO sebagai sebuah parti pembela orang melayu.
apa pendapat saudara apabila ketua cawangan yang terpilih di taman salak jaya memilih untuk tidak memberikan pencalonan kepada datuk hisham. dan adakah ini akan memberikan kesan kepada pencalonan saudara pada pertandingan di perinkat bahagian kelak..
Salam Anonymouse,
Saya percaya Ketua Cawangan mempunyai pendirian dan pendapat mereka masing-masing, mereka yang lebih berpengalaman.
Kita sebagai Pemuda perlu berpendirian berkecuali dan tidak perlu untuk menasihati orang yang lebih tua dari kita.
Sokongan yang diberikan kepada sesiapa yang tersemat dihati perlulah diukur dan dikecualikan dari segi peribadi. Kita perlu melihat sokongan kita dari segi track rekord dan juga matlamat perjuangan sebenar.
Kita perlu memikirkan skop yang lebih luas. Pengalaman saya didalam politik mengajar saya erti bagaimana untuk senantiasa kembali kepada mula(sebelum masuk politik).
Apabila kita terlaluh jauh berfikir dan terlalu dalam memikir, selalunya kita akan hilang maksud sebenar kenapa dan mengapa kita berjuang, apabila ini terjadi, kita akan selalu mengenepikan erti keikhlasan dan sering kali akan merajuk dan membuat keputusan berdasarkan emosi.
Oleh itu, saya sering kali memberikan pendapat dan pandangan dari segi yang seputih-putih pandangan, tanpa ada megambilkira emosi dan keadaan semasa. Ini seringkali dapat memberikan kita keputusan yang lebih tenang dan insyallah baik.
Pencalonan sering kali diPengaruhi oleh banyak faktor, dan saya percaya ianya banyak memberikan kita kekuatan dari segi sokongan moral, tetapi, percayalah ianya tidaklah menentukan kemenangan.
Didalam Politik banyak bahan bacaan, dan orang boleh memilih untuk membaca kitab yang mana mereka suka, oleh itu, kita perlu tanya diri kita kitab yang mana satu yang perlu diikuti.
Jadi, insyallah Ketua Cawangan saya tidak pernah membantah dari segi memberikan sokongan kepada saya dan saya percaya sekiranya kita berjalan selurus-lurus perjalanan dan berjuang dengan iklas, Orang akan menerima kita.
Terima Kasih kerana bertanya..
PS - Salak Jaya mencalonkan Datuk Hisham Majid ....
ohh salak jaya beri pencalonan kepada datuk hisham ker.semoga saudara berjaya pada pemilihan bahagian yang akan datang.
Terima kasih ... doakan kejayaan saya ...
salam pada semua.........
d harapkan teraju salak jaya pd waktu ini dpt semula mengembalikan keyakinan pemuda salak jaya.....
kami seluruh pemuda salak jaya tetap bersama ketua pemuda walau apa pn terjadi........
cuma perlu d ingat byk musuh dalam selimut wahai sedara ku........
yes..mmg byk musuh dlm selimut..so kne ati2..jgn sb di taburkan wang ringgit, anda b'kompromi dgn musuh dlm selimut t'sebut.xde mkne nye wang yg u all dpt tu.ingtkan sikit 'kepentingan diri tidak melebihi kepentingan parti..
kite jgn pandai ckp je, hakikat sbnrnye kaki temberang@putar belit..so tk care of ur cwgn ye k.pemuda..b'kerjasama lah antara 1 sama lain..jgn pndg rendah pd kemampuan org lain..bina semula semangat sume ahli..beri keyakinan pd sume n bantu juga sayap cwgn n ur k.cawangan..b'kerjasam tu penting dlm meningkatkan taraf UMNO n org melayu..remember ur motto..
Post a Comment