Wednesday, September 17, 2008

Pandangan dari mata ....


Dato Sri bekerja keras untuk mendapatkan cukup pencalonan bagi melayakkan diri beliau untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Malaysia.

Sering kali menggunakan kata-kata "BERANI", laungan ini sering kali mencabar anak-anak muda serta para perwakilan cawangan untuk buat keputusan dengan berani.

Pemuda mesti berani dan mesti memastikan tiada tangan-tangan hitam yang mengaru dibelakang, Pemuda mesti berani menyatakan pendirian dan membuat perubahan.

Dato Seri juga seorang yang berpengetahuan didalam bidang Agama, kempen didalam bulan Ramadhan , beliau sering kali memberikan taskirah pendek sebelum membuat ucapan.

Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Ahli biasa, Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian dan Menteri Besar, Dato Seri menawarkan pengalaman beliau untuk menerajui Pemuda UMNO Malaysia bagi penggal 2008-2011.



Dato Mukhriz, anak kepada mantan Perdana Menteri Tun Mahathir, merupakan calon yang lantang dan sering kali mendesak kepimpinan Tertinggi UMNO, Presiden parti untuk berhenti dari memegang jawatan Presiden.

Mukhriz merupakan Exco Pemuda, beliau mendapat perhatian kerana berani menyatakan pendirian beliau mengkritik kepimpinan Pak Lah.

Isu ini orang melihat seperti beliau sering kali mempertahankan pendirian Tun dan bukan pendirian beliau.

Dengan slogan "Berani Berubah", beliau telah menyatakan hasrat untuk memimpin Pemuda Malaysia bagi mengubah situasi sekarang.

Mukhriz sering kali menyatakan Pemuda perlu memberikan pembelaan kepada peniaga-peniaga dan Pemuda mesti mendekati golongan ini agar mereka tidak pergi ke parti lain untuk mengadu domba.



Khairi Jamaluddin, Menantu kepada Perdana Menteri menggunakan Slogan SETIAKAWAN, menawarkan diri sebagai Pemuda UMNO Malaysia.

Slogan ini mempunyai makna yang luas, didalam politik setiakawan merupakan perkara yang terakhir sekali. Setiakawan suatu perkara yang murni sekiranya kita boleh merealitikanya didalam perjuangan politik.

Oleh disebabkan itulah, slogan ini diambil, slogan yang mustahil didalam Politik tetapi digunakan untuk memperingatkan semua perwakilan bagaimana kuatnya setiakawan.

Jawatan ini akan memberi pengalaman baru kepada beliau didalam UMNO, sebelum ini beliau mendapat jawatan Naib tanpa bertanding, jesteru itu, Setiakawan merupakan slogan untuk beliau belajar bagaimana Kawan sebenar didalam Politik.

3 comments:

Anonymous said...

semasa dato seri khir toyo datang pada program anjuran Seputeh, beliau telah menyatakan niat beliau dan berharap agar Seputeh untuk memberikan pencalonan.dai apa yang beliau ucapkan dan kita dengar, memang rasa semangat.dan harap semnagat ini akan terus membara jika berjaya dalam pertandinagn Pemuda nanti.
Dato Mukhriz - teringin sangat untuk dengar ucapan beliau kerana rasanya amat jarang or mungkin saya tidak tahu yang beliau ada menjayakan mana2 program UMNO di wilayah.pada saya,beliau seorang yang berpendirian dan tegas.walaupun ada yang mengatakan beliau adalah bayangan kepada bapa nya dalam memberikan kritikan terhadap kepimpinan sekarang, namun saya percaya beliau juga mempunyai sebabnya sendiri. saya berharap beliau berjaya dalam pemilihan nanti.
khairi - seorang yang pandai berkata2.mungkin peratus untuk menang tu kurang lah.dengan pengunduran Pak Lah mungkin sedikit sebanyak akan melemahkan kekuatan beliau pada pemilihan akan datang.
SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON YANG BERTANDING TIDAK KIRA DI BAHAGIAN MAHUPUN PUSAT.

Anonymous said...

Dato seri Khir toyo semasa menjaya satu program di bahagian Seputeh tidak lama dulu, dalam ucapan nya memang berkobar2.masa tu naik semangat pemuda kita.harap semnagat ini akan terus membara sepanjang perjuagan beliau.
Datuk Mukhriz, kelihatan seperti seorang yang sangat berpendirian dan tegas.boleh dikatakan sebagai bayangan kepada Tun Mahathir.berharap beliau berjaya di pemilihan Pemuda nanti.
Khairy - mungkin kekuatan beliau sekrang ini agak berkurangan dengan pengunduran Pak Lah, namun beliau juga mempunyai kredibiliti tersendiri.

SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON YANG BERTANDING TIDAK KIRA DI BAHAGIAN ATAU PUSAT.DI HARAP IANYA AKAN BERJALAN SECARA BERSIH DAN LANCAR...

T H E . M A L A Y . P R E S S said...

Orang Melayu kena pandai BACA keadaan sekarang. Kuasa mutlak berada ditangan UMNO dalam kerajaan.

Bangsa Lain sudah tiada suara dalam kerajaan. MIC dan MCA dan semua parti bangsa lainlah yang sebenarnya berada dalam keadaan gawat.

Bangsa lain sudah terang-terangan menolak UMNO-BN dan sepatutnya mereka sedar mereka tersalah percaturan. Tercungap! Jadi mereka kena pastikan PR merampas kuasa supaya mereka buleh kembali bernafas.


Jika UMNO boleh 'retain' kuasa mutlak dalam BN sampai PRU13 dan jalankan usaha mengembalikan ISLAM kelandasan yang sebenar, insyaAllah mereka akan dapat kembali sokongan MELAYU dan juga InsyaAllah dari PAS juga malahan mungkin golongan Islam PKR.

Perbezaan PAS dan UMNO hanya kerana perjuangan. Kenapa masih mahu memperjuangkan agenda sekularism? Tak perlu lagi kerana kita sudah merdeka 51 tahun. (Islam Hadhari - konsep bagus cuma perlaksanaan hampas)

Inilah masanya berkhidmat kepada orang Melayu secara general dan tunjukkan bangsa2 lain yang pemerintah Islam/Melayu bukan mentekedarah duit rakyat!

Ingat, majoriti pengund2 adalah Melayu, kalau lawan pilihanraya sekalipun insyaAllah buleh menang.

Inilah masanya kalau hendak ubah perlembagaan menjurus kepada Islam.

Tolak pemimpin yang berdarah sekular. Ambil pemimpin berdarah JAWA kerana saya tahu asal tempat beliau lahir sangat kuat dengan pengaruh Islam dan beliau asalnya orang susah orang kampung...dia tahu asas Islam melalui persekitaran kampungnya. Anak Selangor Jati.

Orang Melayu sangat dekat dengan pemimpin berjiwa kampung tapi berotak A1 (Dr)

Kalau B - makna agenda Cikdet
kalau C - punca penyakit, makna makin tenggelam la UMNO dengan karenah tak sedar diri-Yuppies.

Sekian.

Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku

 DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...