Monday, February 20, 2012

AirAsia jangan banyak cerewet!


Membaca berita yabg dikeluarkan oleh Utusan Malaysia, pelik juga apabila kita melihat pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh Airasia kepada MAHB.

Mendahului jadual projek 73 hari dan 50% sudah siap merupakan satu perkara yang positif dan ucapan tahniah boleh diberikan kepada MAHB.

Ugutan demi ugutan yang digunakan untuk memaksa KLIA2 mengikut kehendak Airasia satu semangat yang tidak baik dan tidak sihat.

Saya percaya projek ini adalah yang terbaik dalam kerjasama airasia dengan mana-mana pihak pengurusan lapangan terbang di dunia.

Air asia tidak akan mendapat layanan yang lebih elok daripada negara mereka sendiri, jesteru itu saya nasihatkan mereka agar menghormati semua pihak dan jangan sesekali menggunakan rekod pembangunan syarikat untuk meluluskan apa sahaja permintaan mereka.

Mereka perlu ingat, dalam masa kebangaan Airasia membangunkan syarikat, ramai pekerja airline lain yang menderita atas perubahan lankskap ini dimana pendapatan mereka di potong dan mereka bekerja seperti buruh kasar.

Ramai pekerja MAS atau bekas pekerja apabila di tanya sebelum dan selepas kewujudan AirAsia, sering kali mereka membangkitkan isu gaji dan kerja maca buruh kasar, dulu kalau terbang ke Europe sekitat 14 hari tetapi sekarang hanya 4 hari. Dan gaji dan alaun 50% kurang.

Seeloknya kita tidak mahu lagi mendengar keegoan airasia ini lagi, jalankan tanggunjawab kamu sebagai pengurus Kapal. Jangan hanya perguna nama untuk menekan pelbagai pihak.

walaupun semua boleh terbang tapi tak semua orang perlu mengikut kamu!

Published with Blogger-droid v2.0.2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts In 30 Days...