300 Penduduk Lembah Pantai menyambut Anwar dan Nurul Ezah!
Didalam lawatan itu, YB Nurul dan Anwar telah mengerahkan jentera mereka untuk bersiap sedia menerima penduduk yang dijangkakan akan mencecah 5000 orang.
Ternyata pada lawatan kali ini, yang turun hanya 300 orang, sebanyak 10 khemah besar yang didirikan hanya di penuhi dengan kerusi kosong, ini berbeza semasa Dato Najib hadir di Kawasan yang sama dan kehadiran mencecah 10,000 orang.
Satu lagi kawasan yang mereka lawati iaitu Bricfield, di sini pula, dijangkakan seramai 3000 orang yang akan hadir sama menyambut perayaan Ponggal, sekali lagi Anwar dan Nurul Ezah kecewa kerana yang hadir hanya 300 orang.
Taman Seri Sentosa pada dulunya merupakan sebuah taman yang memberikan sokongan penuh kepada PKR dan selama ini telah menyokong Nurul Ezah tetapi selama beliau menjadi YB, penduduk di Taman Seri Sentosa tidak mendapat layanan daripada beliau, ada la melawat beberapa rumah di sana dan buat hebahan di twitter untuk menunjukkan beliau buat kerja turun padang.
Berikutan dari lawatan yang tidak mendapat sambutan itu, Anwar Ibrahim telah berang dan memerahi beberapa pemimpin PKR Lembah Pantai kerana gagal menurunkan orang ramai semasa lawatan beliau.
Pemimpin PKR di Lembah Pantai sebenarnya sudah meluat dengan Nurul Ezah kerana merampas kuasa Cabang yang sepatutnya diberikan kepada orang lain.
Saudara Zaman ketua AMK Lembah Pantai merangkap ketua AMK WP juga telah kecewa dan sudah meminggirkan diri dari Lembah Pantai. Beliau yang sebelum ini merupakan penyokong kuat Anwar di Lembah Pantai sudah beralih ke Cabang lain mencari tempat untuk bertanding.
Diberitakan PKR Lembah Pantai kuburnya sudah siap dan menunggu untuk dikafankan dan dikebumikan, jesteru itu, untuk menyelamatkan Anak kesayangan PAPA, Anwar akan bertanding di Lembah Pantai dan Nurul Ezah akan pergi bertanding di Permatang Pauh.
Itulah PKR.... berak di kawasan sendiri, cuci di kawasan boleh menang ...
No comments:
Post a Comment