Tuesday, December 21, 2010
Peperangan JANJI KEPADA RAKYAT sudah bermula !!
Takala Kerajaan Pusat sedang bertungkus lumus memperbaiki kemudahan dan membuat kerja untuk rakyat dengan merancang berbelanja berbillion wang kerajaan untuk kemudahan infrastuktur kepada rakyat, Pembangkan mengambil jalan mudah untuk menarik sokongan mereka dengan memberikan janji manis.
Hakikatnya Rakyat Negara ini sudah pastinya akan terpeganruh kepada janji mereka kerana ianya memberikan keuntungan terus kepada rakyat pada jangka masa pendek. Dan dengan pendapat kebanyakkan rakyat pada hari ini, peduli apa dengan pembangunnan kerana apa yang mereka ada hari ini sudah mencukupi untuk mereka hidup, dan tanggapan dan pandangan ini telah memberi cabaran kepada kerajaan untuk mencari cara bagaimana untuk menjaskan kepada rakyat betapa pentingnya wang kerajaan di belanjakan kea rah pembanggunan.
Banyak janji Pakatan Pembangkang tidak ditunaikan semasa mereka menang di beberapa negeri, seperti air percuma, wang kebajikan kepada warga emas, wang ehsan kepada ibu tunggal dan banyak lagi janji mereka sehingga hari ini tidak ditunaikan.
Di Selangor sahaja, kantong yang di tinggalkan oleh kerajaan BN sebanyak 1.2 billion tunai telah habis digunakan dan banyak anak syarikat kerajaan Negeri telah mengalami kerugian.
Rakyat hari ini di hidangkan dengan janji yang lebih besar seperti penghapusan Tol. Sudah pastinya ini merupakan janji yang amat besar kepada rakyat dan bagaimana untuk mereka merealisasikan, itu tidak penting, kerana yang paling utama adalah untuk mendapatkan kerusi sebanyak mungkin untuk mereka memerintah Negara Malaysia.
Bolehlah kita ibaratkan hari ini janji mereka adalah kosong. Mungkin ada pendapat yang berkata apa ruginya kita mencuba, kalau betul, kita tidak perlu untuk membayar tol lagi selepas ini, dan sudah pastinya akan mendapat banyak keuntungan kepada kita.
Dengan janji ini, sudah pasti ada yang dikurangkan untuk mereka merealitikan janji ini, dan jawapannya amat mudah, segala subsidi yang diperolehi oleh orang Melayu hari ini akan dihapuskan, Felda akan dihapuskan, MARA akan dihapuskan dan banyak lagi agensi yang terbabit dengan memberi subsidi akan dihapuskan semata-mata untuk memberikan kenikmatan kepada pengguna jalan raya untuk mendapat tol percuma.
Inilah yang akan terjadi sekiranya mereka menang dan berkuasa. Adakah kita mahukan keuntungan jangka masa panjang ataupun keuntungan jangkamasa pendek.
RTM diminta siar perlawanan akhir Piala Suzuki
** Terima Kasih kepada Rais kerana telah meluluskan siaran lansung untuk kali ini. Hidup Harimau Malaysia
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan diminta supaya menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang akan menyaksikan Malaysia menentang Indonesia, hujung minggu ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, meskipun terdapat stesen televisyen berbayar yang menyiarkan aksi itu, ramai peminat sukan bola sepak tanah air masih mengharapkan penyiaran penuh oleh RTM.
Kata beliau, kementerian perlu mencari jalan terbaik bagi memastikan rakyat tidak berasa kecewa seperti mana yang dialami mereka ketika gagal menyaksikan aksi penuh skuad negara pada peringkat separuh akhir Sabtu lalu.
"Rakyat negara ini seharusnya berasa bangga dan berkongsi kegembiraan dengan skuad bola sepak negara yang hari ini telah membuktikan peningkatan prestasi mereka," katanya dalam kenyataan itu.
Menurut Mohd. Razlan, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menonton lintas langsung di skrin besar di Bukit Bintang beberapa hari lalu juga membuktikan sokongan beliau terhadap sukan tanah air.
"Oleh itu, kita juga mahukan pihak tertentu di kementerian juga dapat merasai kehangatan dan semangat rakyat negara ini untuk menyokong skuad kebangsaan," katanya.
Pada aksi separuh akhir lalu, siaran langsung hanya bermula kira-kira 30 minit selepas permainan berlangsung dan ia menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan peminat.
"Oleh itu, kita amat berterima kasih kepada RTM jika boleh menyiarkan keseluruhan perlawanan akhir nanti," tegas beliau lagi.
Thursday, December 09, 2010
Dana Nasi Lemak 2.0
Dana ini adalah untuk memberi beliau modal didalam pembikinan sebuah filem yang tidak tahu apakah motifnya.
Didalam permohonan beliau juga ada menyatakan yang penggunaan bahasa Melayu 50% didalam setiap filem untuk mendapat geran tidak melambangkan 1Malaysia dan minta ianya dipertimbangkan untuk di ubah.
Soalannya, apakah tindakan beliau sekiranya permohonan ini tidak dilayan ?
Banyak publisiti akan diperolehi daripada penolakkan permohonan ini.
1. Beliau akan menjalankan promisi sumbangan dana dari masyarakat demi atas nama merealitikan pembikinan filem ini.
2. Beliau akan menggunakan isu ini untuk menaikkan filem beliau dengan memainkan promisi emosi kerana secara langsung akan mendapat publisiti dari semua sudut.
3. Sentimen anti 1 Malaysia akan dimainkan dan beliau akan terus mendesak kerajaan untuk mengubah dasar ini demi nama 1Malaysia.
Diatas ini merupakan sebahagian kecil tindakan dan populariti mudah yang akan beliau perolehi dan ambil untuk kepentingan perjuangan beliau mendapatkan dana ini.
Kekalahan tetap di tangan kerajaan kerana populariti budak ini sudah naik saban hari.
Kerajaan akan kalah bila memberi DANA .. dan kerajaan juga akan kalah sekiranya tidak meluluskan DANA yang dipohon.
Pikirkan lah wahai Nazri ..
Apa Istimewanya Namewee ?
Namewee, Nama yang terkenal kerana gelagat budak jahat yang menghina Negara dengan mengubal lagu Negarakuku pada suatu ketika dahulu.
Belum lagi habis isu itu dilupakan oleh masyarakat, beliau berkarya lagi dengan menghina TNB dan menghina Melayu dengan lirik “Melayu Balik hutan Jadi Sakai”.
Selepas itu, beliau membuat satu lagi video klip yang menghina Guru Besar dengan dengan perkataan-perkataan lucah.
Semua ini tidak terbukti perbuatan beliau suatu kesalahan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap beliau, dan terbaru, Menteri yang menjaga undang-undang memaklumkan tidak ada kes terhadap Namewee.
Semalam (9hb Disember 2010) beliau telah datang berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen.
Budak ini telah dilayan ISTIMEWA sekali lagi apabila dapat melepasi Pengawal Parlimen tanpa mengikut protocol berpakaian di Parlimen dengan hanya memakai T-Shirt Bulat tanpa tali leher dan memakai tutup kepala serupa dengan wajah RAPs beliau.
Pribadi yang suka mengutuk orang lain dan mengkritik kerajaan bukannya satu tiket membenarkan beliau melanggar peraturan di Parlimen. Kenapa pihak yang bertanggunjawab boleh membenarkan beliau memasuki Parlimen tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan?
Yang menerima kunjungan pula, seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Parlimen yang mahir dengan selok belok tatacara dan etika parlimen. Kemungkinan selepas ini Menteri berkenaan akan memberi alasan bahawa beliau tidak memasuki Dewan, tetapi umum tahu kalau hendak memasuki banggunan Parlimen sudah tentu ada etika dan peraturan perpakaian dan kene memakai tali leher dan berkemeja lengan panjang, sekiranya tidak, pengawal akan melarang sesiapa pun dari memasuki Bangunan parlimen.
Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa pelik, apakah istimewanya orang bernama Namewee ini sehinggakan boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalang beliau.
Sekian,
Mohd Razlan Bin Muhmmad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.
Monday, November 29, 2010
Melayu Sekat Cina Masuk Askar.
Perkara: Polis dan Tentera dari kalangan kaum Cina?
Ruangan: bilik perbincangan umum muka surat C15
Tarikh: 22 November 2010 (Isnin)
Tajuk:
Orang Cina makan gaji dengan kerajaan
Penulis samara Sian Ren/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini
Oleh kerana terlalu sedikit orang-orang Cina jadi anggota tentera, sebab itu kementerian pertahanan mahu jejaki cara SPRM, mahu NGO-NGO Cina bantu tarik anak-anak muda kaum Cina dalam pengambilan rekrut anggota tentera.
Di negara kita orang-orang Cina seperti tidak suka jadi tentera, ataupun mereka membantah untuk makan gaji dengan kerajaan, mereka juga dikatakan tidak suka jadi guru sekolah, tidak suka jadi polis ataupun tentera, tidak mahu jadi Pegawai Penguat Kuasa yang suka menangkap gerai-gerai yang tidak berlesen, sedangkan jadi pegawai duduk dalam pejabat yang berhawa dingin pun mereka tidak mahu, mereka sanggup dan rela jual CD haram?
Cuba kita imbas kembali sejarah kita, sebenarnya pada masa dahulu orang-orang Cina sangat suka bekerja dengan kerajaan, boleh imbas kembali pada zaman Penjajahan dahulu, orang-orang Cina bukan sahaja menjadi tunggak pegawai kepada kerajaan Pejajahan, mereka juga bersemangat dalam pasukan tentera, pada masa itu tentera laut dan udara lebih 90 peratus terdiri daripada kalangan orang-orang Cina, polis-polis di pekan-pakan dan Bandar boleh kelihatan ramai dari kalangan kaum Cina termasuk ketua polis dan mata-mata gelap.
Pada masa itu orang-orang Cina yang bertugas sebagai anggota polis mahupun dalam pasukan tentera amat berisiko tinggi, mereka bukan sahaja jadi sasaran kepada pihak komunis, keluarga mereka juga mendapat ancaman yang sama. Orang-orang Cina yang bertugas sebagai polis ataupun tentera pada zaman darurat itu, keadaan itu lebih bahaya berpuluh kali ganda daripada keadaan sekarang ini, pegawai kerajaan Cina pada masa itu lebih mencabar dari anggota polis mahupun tentera pada waktu kini, setiap masa berwaspada hadapi kematian daripada serangan pihak komunis.
Anggota Polis Dan Askar Satu Titik Perubahan Yang Penting
Dengan itu kenapa kita tidak cuba halusi sedikit, semasa zaman darurat yang begitu mencabar kenapa orang-orang Cina sanggup jadi pegawai kerajaan, jadi anggota polis dan tentera, tetapi hari ini dalam keadaan aman dan tidak ada bahaya langsung serta pendapatan yang lumayan, sebaliknya orang-orang Cin tidak sanggup, apakah sebab musababnya? Sudah tentu ada sebab-sebabnya, sehinggakan orang-orang Cina tidak sanggup “makan gaji dengan kerajaan”.
Keadaan yang sebenarnya berlaku iala apabila selepas Merdeka, perubahan penting dalam pasukan polis dan tentera federal, perubahan itu mengalami perubahan dalam pengstrukturannya, mereka secara meluas mengrekrut anggota polis dan tentera dari kalangan orang-orang Melayu. Yang paling unggul ialah tentera diraja, dalam askar di federal selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi kekosongan itu dengan orang-orang Melayu.
Pegawai-pegawai dalam pejabat di pasukan polis juga berlaku sedemikian, terutama sekali ia berlaku dalam lingkungan tahun 1970an, apabila pihak kerajaan laksanakan pengstrukturan semula masyarakat, mereka secara besar-besaran pengmbilan orang-orang Melayu, selepas orang-orang Cina dan India bersara mereka isi orang-orang Melayu ke jawatan-jawatan yang kekosongan itu.
Setelah pihak kerajaan laksanakan polisi itu lebih 40 hingga 50 tahun, barulah berlaku pemikiran yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka makan gaji dengan kerajaan, jika di sesebuah kementerian ataupun di jabatan mempunyai sebilangan orang-orang Cina, politikus-politikus akan mengkritik mereka, politikus-politikus berkata itu hanya mahu gugat kepentingan orang-orang Melayu, sebab itu di mana-mana kementerian ataupun di dalam jabatan tidak berani buat pengambilan anggotanya dari kalangan orang-orang Cina, lebih-lebih lagi di dalam pasukan polis dan tentera. Sehingga dalam setahun dua ini, barulah ada menteri yang menyatakan bilangan orang-orang Cina terlalu sedikit jadi pegawai kerajaan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah seorang menteri pertahanan yang pertama berani berkata mahu rekrut anggota tentera dari kalangan orang-orang Cina.
Jika benar tangapan selama ini yang dikatakan orang-orang Cina tidak suka jadi anggota polis dan tentera adalah benar. Kenapa pada zaman Penjajahan dahulu orang-orang Cina sanggup bekerja dan makan gaji dengan kerajaan, seperti orang-orang Cina di China, Taiwan, Hongkong sudah cukup membuktikan orang-orang Cina boleh makan gaji dengan kerajaan, pihak kerajaan hanya perlu buka ruang pintu kepada mereka sahaja.
Monday, November 15, 2010
Mencongak tarikh mandat baru
BERITA HARIAN 2010/11/14
Cakap-cakap pilihan raya umum serentak dengan Sarawak mula kedengaranSEBAIK muncul di khalayak umum selepas sembuh menghidap penyakit cacar, badan Datuk Seri Najib Razak kelihatan susut sedikit, tetapi wajah tetap berseri dengan bibirnya berwarna kemerahan, yang sinonim dengan penampilannya.
Ketika mula diserang penyakit itu 4 November lalu, Perdana Menteri berada di bilik air di kediamannya. Najib kini sudah hampir sembuh sepenuhnya dan kembali bertugas, meskipun banyak acaranya sejak seminggu lalu, diwakilkan kepada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tidak hairanlah Facebook Najib dibanjiri ribuan ucapan selamat kembali bertugas, diiringi doa untuk terus sihat.
Yang pasti, Sarawak akan adakan pilihan raya negeri dalam tempoh lapan bulan mulai sekarang kerana DUN yang ada akan tamat tempohnya menjelang 24 Julai 2011. Antara Mac hingga April depan adalah tarikh popular menjadi teka-teki pemerhati politik, untuk pilihan raya.
Yang belum pasti ialah pilihan raya umum, sama ada ia akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Jika serentak, bermakna pilihan raya umum juga perlu diadakan sebelum Julai depan, meskipun tempoh kerajaan BN pada peringkat Persekutuan sekarang hanya akan berakhir pada 2013, lebih dua tahun lagi.
Persoalannya sekarang, perlukah pilihan raya umum diadakan lebih awal semata-mata untuk mengadakannya serentak dengan Sarawak dan persoalan paling penting ialah sudah bersediakah BN khususnya UMNO untuk menghadapi pilihan raya dalam keadaan sekarang?
Ada yang berpendapat, BN perlu mengambil kesempatan kemenangan di Galas dan Batu Sapi untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat dengan alasan sokongan pengundi muda dan masyarakat Cina sudah kembali atau beralih semula kepada BN.
Pada saya gelombang kebangkitan semula sokongan serta keyakinan rakyat kepada BN sudah kembali. Kita harus ambil kesempatan ini, iaitu kekuatan BN dan penerimaan terhadap konsep 1Malaysia, bukan berasaskan kepada kelemahan pembangkang, kata Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Katanya, selepas kejutan pada Pilihan Raya Umum 2008 dan selepas itu, kemenangan pembangkang di tujuh daripada 13 pilihan raya kecil, kini sokongan terhadap BN sudah kembali pulih, sekali gus memberi isyarat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, ramai juga berpendapat, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi tidak cukup untuk dijadikan ukuran mutlak kekuatan BN, jika keputusan dua pilihan raya kecil itu diperhalusi. Misalnya, di Galas, kemenangan BN dikatakan lebih menjurus kepada faktor Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan di Batu Sapi pula lebih kepada isu tempatan.
Sepanjang kempen di dua lokasi itu, isu nasional tidak begitu ketara dibangkitkan. Di Batu Sapi, banyak isu tempatan seperti pembangunan prasarana, jalan raya, jeti dan projek sosioekonomi khususnya di kawasan Bumiputera banyak mempengaruhi pengundi.
Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Pandi Suhaili, berkata pihaknya tidak kisah sama ada pilihan raya umum diadakan serentak dengan pilihan raya negeri itu kerana jentera BN negeri khususnya sayap Pemuda PBB sudah bersiap sedia.
Saya akui jika diadakan serentak, sukar bagi jentera BN pusat bertumpu ke Sarawak, tetapi pada masa sama, pembangkang pun tidak dapat tumpukan jenteranya ke sini.... jadi tak banyak gangguan. Apa pun kita sudah bersedia dan yakin boleh menang semua 35 kerusi DUN PBB, tak jadi masalah untuk dapat majoriti dua pertiga dalam DUN. Jika Ketua Menteri nak adakan pilihan raya sebaik kembali dari menunaikan fardu haji bulan depan, pun boleh, katanya.
Itu dari segi politik, tetapi bagaimana pula dari segi ekonomi kerana keadaan persekitaran ekonomi negara serta peringkat global turut perlu diambil kira jika mahu mengadakan pilihan raya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif/pakar ekonomi RAM Holdings Bhd, Dr Yeah Kim Leng, walaupun momentum pertumbuhan ekonomi sekarang positif dan meyakinkan pelabur, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi yang diperkenalkan Najib akan hanya berhasil dalam tempoh setahun lagi.
Ini termasuk inisiatif ekonomi yang bertujuan memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara iaitu Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-10 selain pelaksanaan melalui enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI).
Ini semua akan mula membuahkan hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun lagi. Begitu pun, apa yang meyakinkan pelabur ialah Perdana Menteri sudah memetakan dengan jelas transformasi ekonomi yang mahu dilakukan... ini penting walaupun pelaksanaannya akan mengambil masa.
Apapun, Perdana Menteri mungkin mahukan mandat kuat daripada rakyat (melalui pilihan raya) untuknya terus mempercepat serta mempergiatkan usaha mentransformasikan ekonomi negara, katanya.
Namun, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya mula bergema, pakatan rakyat khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan mula kucar-kacir dengan proses pengundian untuk barisan kepemimpinannya.
Walau apapun, selepas berehat beberapa hari di Hospital Kuala Lumpur, Najib mungkin sudah mula mencongak tarikh sebenar untuk mengadakan pilihan raya, awal tahun depan serentak dengan pilihan raya Sarawak atau menunggu sehingga awal 2012?
Sunday, November 07, 2010
Kembalikan Perjuangan Pemuda UMNO Sebenar !
Banyak perkara yang disentuh dan rata-rata menyambut baik ucapan DS Najib kerana keterbukaan beliau menyatakan pendirian membawa UMNO dan BN didalam menangani isu-isu perkauman yang telah dimainkan oleh pihak pembangkang dan komponen sendiri.
Yang paling menarik sepanjang perjalanan Perhimpunan Agung kali ini adalah bilamana DS Najib menutup dengan ucapan pengulungan yang mahukan semua pihak berani membicarakan apa yang hak dan tidak akan berganjak walau se inci untuk pertahankan perlembagaan yang telah dipersetujui bersama semasa kemerdekaan.
Apabila mendengar ucapan DS Presiden, teringat beliau semasa menjadi Ketua Pemuda dulu, ucapan yang keras dan berani dan tidak akan berganjak bilamana hak kita dipertikaikan dan dipermainkan oleh bangsa lain.
Kalau kita nak berjuang, kita tidak perlu khuatir dengan ancaman dan desakan dari pihak-pihak lain kerana sebagai kerajaan dan ketua kepada kerajaan (UMNO) kita telah menerima mandat daripada rakyat dan harus diingat kita sememangnya tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain.
Umum tahu Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia hari ini sudah tidak mempunyai taring, ini terbukti pada kali ini terdapat beberapa jurucakap telah memperingatkan kepada kepimpinan agar bertindak lebih agresif dan berani didalam menyatakan pendirian Pergerakkan Pemuda UMNO didalam hal-hal yang berkaitan dengan bangsa dan agama.
Pemuda UMNO hari ini lebih suka membuat kenyataan dan desakan dengan menggunakan media. Amat takut untuk membuat perhimpunan besar-besaran kerana tahu cengkaman di bawah amat lemah. Khuatir tidak mendapat sambutan dan itu dan ini.
Sememangnya kalau hendakan sambutan dan gelombang pemuda itu kuat, program-program kecil dan sokongan dari akar umbi diperlukan. Bukan perkara yang senang untuk kita menghimpunkan ramai pemuda sekiranya kita sendiri tidak membuat kerja-kerja untuk mendekati golongan ini.
Sebagai contoh paling dekat, didalam 2 tahun ini, langsung tidak ada satu pun program sukan di peringkat Pemuda Malaysia di anjurkan. Bagaimana golongan muda hendak mendekati mereka sekiranya tidak ada program yang boleh merapatkan pemimpin atasan dengan generasi muda.
Hari ini, golongan muda diluar sana melihat dan memerhatikan apakah hak mereka akan dipertahankan dan dimana pemimpin muda sekiranya bangsa dan agama mereka ditekan.
Didalam kita memperjuangkan Gaji Minimum dan Perumahan, pastinya ini akan mendapat sambutan daripada golongan muda, Pemuda BN memperjuangkan hak ini. Bukan Pemuda UMNO, dan sudah tentunya orang akan bercakap Pemimpin BN adadalah Ketua Pemuda UMNO dan Melayulah yang akan mendapat kebaikkannya.
Tetapi tidakkah mereka tahu kalau kita bawa perjuangan ini didalam Pemuda UMNO, kita mendapat perkara yang serupa bilamana ianya dijadikan dasar kerajaan ?
Kenapa didalam gerak kerja kita kali ini banyak pergunakan Pemuda BN daripada Pemuda UMNO ?
Didalam rencana besama Khairy di Utusan baru-baru ini, bilamana Tengku Adnan yang ditempelak kerana menegur Pemuda kerana lemah dan apabila ditanya apakah Pemuda UMNO buat selama mereka mentakbir? Jawapannya bukan Pemuda UMNO tetapi Pemuda BN itupun adalah 2 program besar.
Kadang-kadang kita merasa malu apabila melihat DS Najib bersuara seperti Ketua Pemuda yang mana hari ini, Presiden seharusnya menuteralkan keadaan. Desakan mesti datang daripada sayap dan DS Presiden sepatutnya berkata "Lihat Rakyat sudah bersuara, komponen semua mesti paham, desakan daripada akar umbi dan kita harus berhenti mempertikaikan isu keistimewaan ini" ini akan memudahkan kerja DS Presiden. Bukannya kita memberikan beban ini kepada DS Presiden !
Ayuhlah berubah, DS Najib sudah memberi lampu hijau dan sudah terang lagi disuluh, tidak perlulah kita takut PRU nanti bangsa lain tidak menyokong kita.
Keyakinan orang Melayu adalah segalanya, Kuat Melayu, kuatlah Malaysia, Terbela Melayu Terbelalah Malaysia. Adanya Pemuda UMNO adalah Pemuda BN, bukan sebaliknya.
Friday, October 29, 2010
DBKL Bersedia kah ?
Begitu banyak kebaikkan didalam plan ETP tetapi pihak pembangkang hanya melihat membangkitkan isu ini kerana mereka sengaja mahu memutar belitkan pembanggunan yang dirangcang oleh Kerajaan BN dengan niat jahat.
Dalam masa yang sama, Pihak DBKL menyahut baik saranan ini dan menerima baik cadangan pihak kerjaan pusat dan berjanji akan melaksanakan plan ini dengan nada yang yakin selagi pihak-pihak empunya kelab hiburan tidak melanggar undang-undang yang telah diperuntukan.
Niat Kerajaan untuk memusatkan pusat-pusat hiburan ini semestinya mahu memenuhi keperluan mereka yang bukan beragama islam yang sememangnya mahukan riadah diwaktu malam, dan juga mahu pelancong yang melancong di negara kita dapat menikmati waktu malam yang berkualiti.
Keselamatan para pengunjung dan pelancong sudah pastinya dapat dikawal kerana pihak kerajaan akan memastikan terdapat CCTV dan petugas keselamatan yang cukup untuk mereka merhibur tanpa ganguan dan tindakan jenayah.
Untuk kita memberi keyakinan kepada masyarakat bandar, pihak DBKL seharusnya memantau preimis-preimis yang menjalankan pusat hiburan tanpa lesen yang tumbuh bagai cendawan di sekitar Kualau Lumpur. Walaupun di setiap Parlimen mempunyai Petugas DBKL yang memantau kewujudan premis hiburan ini, tetapi tindakan menunggu komplian telah memberi kekuatan kepada peniaga pusat hiburan membuka sesuka hati.
Penguatkuasaan undang-undang penting sekiranya mahu rakyat yakin dengan kewujudan tempat-tempat hiburan di tengah-tengah ibu kota adalah jalan keluar dari kewujudan pusat hiburan di pinggir bandar dan kawasan penempatan.
Agensi-agensi lain seperti Polis, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Imigresen juga seharusnya memainkan peranan yang proaktif untuk memantau dan membenteras kewujudan pusat-pusat hiburan tanpa lesen sekirtar ibu kota.
Hub Hiburan juga tidak boleh disempitkan dengan hanya kepada tempat-tempat hiburan seperti Disko, kelab-kelab malam, live band dan lain-lain aktiviti malam, ianya amat luas seperti mewujudkan Taman Tema Disneyland, Universal Studio dan lain-lain lagi yang dapat menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia.
Akhir sekali, niat kerajaan untuk memacu ekonomi dan mewujudkan negara berpendapatan tinggi seharusnya diikuti oleh penguatkuasaan dan disiplin pemantauan yang berterusan agar dimata masyarakat, apa yang hendak di laksanakan di masa hadapan adalah untuk kebaikkan rakyat Malaysia.
Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.
Berikut adalah kenyataan DBKL.
28/10/2010
DBKL sedia jayakan hasrat ETP
kota@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyambut baik cadangan yang terkandung dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan ibu negara sebagai destinasi pelancongan berunsur Asia.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, cadangan mewujudkan Pusat Malaysia Truly Asia di Kuala Lumpur juga dianggap sebagai satu usaha positif.
Menurutnya, usaha tersebut diyakini dapat membantu meningkatkan kedudukan negara dalam industri pelancongan dunia, melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara dan menawarkan peluang pekerjaan baru.
Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya tiada halangan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab aktiviti malam termasuk melanjutkan waktu operasi perniagaan sehingga pukul 5 pagi.
"Bagi warga kota, malam bukan perkara luar biasa dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan pelbagai aktiviti pada malam hari.
"Pihak kami tiada halangan (melanjutkan waktu operasi) selagi ia mematuhi undang-undang serta tidak menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan bendera daripada Ketua Pegawai Eksekutif Present Malaysia Production Sdn. Bhd., Norzam Zaman yang mewakili Persatuan Pancaragam Dunia.
Penyerahan itu adalah simbolik pelantikan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah pada pertandingan Festival Pancaragam Dunia pada Julai tahun depan.
Turut hadir, Pengarah Festival, Jimmy Wong serta Pengurus Operasi, Wan Johari Wan Osman.
Sementara itu, Ahmad Fuad berkata, pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah festival pancaragam dunia itu mampu menjadikannya sebagai pentas terbaik dalam memperkenalkan negara ke mata dunia.
Katanya, adalah tidak lengkap bagi sesebuah bandar raya tanpa penganjuran acara-acara kesenian dan festival seumpama itu kerana ia mampu menarik lebih ramai pelancong tempatan mahupun luar negara.
"Ini merupakan kali kedua pihak DBKL bekerjasama menjayakan festival seumpamanya. Melihat kepada tarikan yang ada pada acara ini, kita tidak teragak-agak untuk terus memberi kerjasama seterusnya mengisi kalendar aktiviti Kuala Lumpur," ujarnya.
Festival yang bakal berlangsung pada Julai 2011 itu bakal menghimpunkan 4,000 peserta pancaragam dari seluruh dunia.
Pada pertandingan itu nanti, Malaysia akan menghantar 15 pasukan pancaragam.
Thursday, October 28, 2010
Faktar Sejarah Yang dipurbelit !
Terbaru, surat khabar cina Nanyang Siang Pau keluaran 27 Oktober telah meyiarkan artikel yang membidas YAB Perdana menteri dan juga politikus Melayu yang mempertikaikan sejarah dan tidak mahu menerima mereka sebagai kaum pendatang.
Menurut beliau, sekiranya cina dan india bergabung, kemungkinan mereka boleh menuntut kemerdekaan tanpa Melayu, dan sudah pastinya sekiranya ianya berlaku, Negara ini hak milik mereka.
Akhbar ini juga menceritakan bahawa Tanah Melayu bukan milik seseiapa sekiranya selepas merdeka dan ini bermaksud melayu adalah sama dengan mereka.
Saya nak beritahu orang cina yang tidak tahu sejarah ini. Sekiranya kita sama semasa menuntut kemerdekaan, tidak adalah wujud raja-raja melayu, sultan-sultan melayu dan budaya melayu.
Ini menunjukkan kaum cina adalah imigran yang sudah pastinya kamu meminta jasa baik kami untuk duduk, tinggal dan menjadi warganegara Tanak Melayu. Dan bukan kamu secara automatik mendapat kewarganeragaan.
Sejarah juga membuktikan hanya 1 juta orang diberi kerakyatan dan selebihnya, tidak diberi. Fakta ini telah membuktikan yang Melayu adalah Tuan kepada Tanah Melayu, dan jangan kamu ubah sejarah ini.
Ternyata kamu seoarang yang berotak dunggu yang tidak mahu menerima Malaysia ini sebelum ini adalah Tanah MELAYU dan kamu sebenarnya asal dari Tanah Besar Cina.
Bahayanya orang seperti kamu adalah kamu akan mengajar kaum kamu untuk menolak sejarah dan menimbulkan sifat kebencian kepada Tuan punya Negara asal ini.
Berterima kasihlah, keturunan kamu dapat hidup selesa dan aman disini dari dulu hingga sekarang. Dan jangan kamu menindakkan yang asal kamu itu datangnya dari Tanah Besar Cina yang dahulunya menjadi Pekerja Lombong Bijih.
""" Terjemahan Akhbar Nanyang.
Nanyang Siangpao
Perkara: sejarah kemerdekaan?
Ruangan: Nanyuan muka surat C9
Tarikh: 27 Oktober 2010 (Rabu)
Tajuk:
Rakyat Perlu Tahu Sejarah Kemerdekaan
Penulis Loh Hon Chew/ pengkritik semasa/ artikel ini bukan pandangan dari akhbar ini
Ada cerita di tepian gelanggang, masyarakat Melayu kini dalam ketakutan selepas Tsunami politik pilihan raya Mar 2008, mereka dalam ketakutan akan kehilangan kuasa politik, lebih-lebih lagi mereka sangat takut akan kehilangan hak-hak keistemewaan mereka.
Sebab itu,Perdana Menteri Najib semasa dalam Perhimpunan Agong UMNO memberi suntikkan semangat kepada mereka, berkata dalam perlembagaan jika mahu hapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu amat payah sekali, walaupun 2/3 ahli parlimen setuju untuk hapuskan akta itu ia tidak mungkin boleh berlaku.
Apa maksud yang dikatakan orang-orang Melayu itu takut kepada kehilangan kuasa, pada hakikatnya itu semuanya adalah permainan dan isu bayangan yang digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik Melayu yang bersayap kanan, mereka mencipta ketakutan di bayangan lembaran putih dalam masyarakat Melayu, tetapi sebenarnya kebanyakan orang-orang Melayu dalam masyarakatnya tidak pun rasa gentar mahupun rasa takut, kerana awal-awal lagi orang-orang Melayu sudahpun tahun tidak mungkin isu perlembagaan itu boleh diubah-ubah.
Perdana Menteri berkata hak orang-orang Melayu dan kepentingan orang-orang bukan Melayu tidak boleh diragui, kalau begitu kita boleh lihat kembali susur-galur bagaimana kita dapat mencapai kemerdekaan.
Tidak Dapat Tuntut Kemerdekaan Dengan Satu Kaum Sendiri Sahaja
Pada tahun 1950an, bilangan penduduk orang-orang Melayu seimbang dengan penduduk kaum Cina, jika dicampurkan orang-orang Cina dengan orang-orang India bilangannya sudah melebihi bilangan orang-orang Melayu. Pada masa itu apabila mencapai kemerdekaan oleh kerana negara ini mempunyai rakyat yang berbilang kaum maka negara ini terjerumus kepada persengktaan kaum, pada masa itu kuasa kerajaan telah jatuh ke tangan tentera, sudah tentu kerajaan penjajahan British amat faham tentang itu, termasuk pada masa itu pihak Komunis juga ingin berkuasa seperti singa lapar.
Jika ikut turutan cerita ini “sebagai bahan kajian”, dikatakan perjuangan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh orang-orang Melayu sahaja, dan orang-orang Melayulah yang diutamakan, sudah tentu pihak British tidak akan setuju; pada masa yang sama jika orang-orang Cina bergabung dengan orang-orang India sudah tentu kuasa itu sudah melebihi orang-orang Melayu, sudah tentu pihak British juga tidak mahu keadaan itu berlaku dan orang-orang Melayu akan dipinggirkan. Kerana pada masa itu orang-orang Cina boleh bergabung dengan orang-orang India untuk memerintah negara ini. Ia tidak ada cerita pasal siapa dulu dan siap kemudian, apabila berlaku kemerdekaan pasti akan berlaku perbalahan antara kaum, kuasa politik dan kerajaan pada masa itu mungkin jatuh ke tangan Komunis kerana di belakang Parti Komunis Malaya bersandar kekuatan dari Parti Komunis China, jika ini berlaku sudah tentu negara-negara barat tidak akan setuju.
Lebih ringkas lagi, hanya harapkan orang-orang Melayu yang mahu tuntut kemerdekaan, ataupun orang-orang Cina dan India bergabung untuk menuntut kemerdekaan, ia bukan sahaja tidak dapat direstui pihak Inggeris, negara-negara Europah dan negara-negara Barat juga tidak akan restui, jalan yang terbaik untuk menuntut kemerdekaan ialah dari gabungan ketiga-tiga kaum itu sendiri, selepas merdeka ketiga-tiga kaum itu tubuhkan kerajaan, inilah sebab-sebabnya kita mendapat kemerdekaan, rakyat negara ini perlu tahu sejarah ini yang sebenar.
Ahli-Ahli Politik Melayu Bersayap Kanan Memutar-belitkan Sejarah
Semasa benar-benar mendapat kemerdekaan, pihak Inggeris telah mengenakan syarat, dan telah mendapat restu dari pihak Inggeris kepada ketiga-tiga pemimpin kaum Cina Melayu dan India. Bukan selepas Merdeka kerajaan memberi syarat kepada orang-orang bukan Melayu kerakyatan, sesiapa yang dilahirkan sebelum kemerdekaan dari kerajaan penjajahan Selat British semuanya adalah mendapat kerakyatan secara automatic, dan selepas Merdeka semua rakyat layak mendapat pendidikan bahasa Ibunda masing-masing. Orang-orang Melayu terus jadi warganegara secara langsung, hak keistemewaan orang-orang Melayu hanya diberi masa selama 15 tahun tempuh selepas Merdeka sahaja (tetapi kenapa had tempoh 15 tahun itu telah dihapuskan). Asas-asas keistemewaan ini adalah permintaan yang paling asas oleh pihak Inggeris, jika tidak tuntutan kemerdekaan tidak perlu dibincangkan pada masa itu.
Selepas itu, sejarah-sejarah yang benar telah diputar-belitkan, mereka kata tuntutan kemerdekaan hanya diperjuangkan oleh satu kaum sahaja, sebab itu anak-anak muda tidak tahu bagaimana dapat kemerdekaan, ramai orang-orang lama termasuk bekas perdana menteri Mahathir pun tak tahu ataupun memang sengaja lupakan sejarah kemerdekaan, sebab itu Mahathir selalu berkata: kerana orang-orang Melayu bersikap terbuka, sanggup berkorban, memberi kerakyatan kepada orang-orang bukan Melayu.
Walaupun Mahathir adalah seorang yang amat dihormati, tetapi beliau asyik memutar-belitkan sejarah, menipu alam dan umat manusia, dan orang-orang Melayu disalah tafsir sejarah bertanggapan bahawa orang-orang Melayulah yang sanggup berkorban memberi dan merestui kerayatan kepada orang-orang bukan Melayu, apabila setiap kali orang-orang bukan Melayu mahu tuntut hak mereka, orang-orang seperti Mahathir dan orang-orang Melayu yang bersayap kanan menuding orang-orang bukan Melayu sudah dapat betis peha dimahukan, membuat banyak permintaan yang bukan-bukan tidak tahu berterima kasih. Jika kita hari ini masih tidak mahu bersatu, tudingan dari politius-politikus Melayu bersayap kanan terhadap orang-orang bukan Melayu seperti “tamak tak puas-puas”, beranikah kita menuntut kedudukan taraf sama rata.
Tuesday, October 26, 2010
Biro Kebajikan Pemuda Seputeh Bersama Biro Aduan Komuniti Malaysia
Penghuni bawah jambatan temui ibu
pengarang@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Jika semalam sepasang suami isteri yang hidup merempat di bawah jambatan di susur Lebuh Raya Metramac ke Lebuh Raya Maju Expressway di Sungai Besi di sini, boleh menarik nafas lega kerana dapat berpindah ke sebuah pangsapuri sebagai kediaman baru, hari ini mereka mendapat satu lagi berita gembira.
Ini kerana pasangan Hazmain Abdul Jalil, 28, dan isterinya, Siti Faiza Abu Bakar, 27, bersama anak sulung mereka berusia setahun iaitu Siti Norafida dapat bertemu dengan keluarga setelah enam tahun berpisah.
Kisah kehidupan daif tiga beranak menumpang berteduh di bawah jambatan itu akhirnya diketahui oleh ibu Siti Faiza iaitu Siti Rohani Abdullah, 52, melalui akhbar dan siaran berita di televisyen pada awal pagi semalam.
Siti Rohani yang memang sudah lama mencari dan merindui Siti Faiza, terkejut apabila mengetahui kedaifan hidup anaknya itu lalu menghubungi Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh untuk membantu menemukan mereka.
Hasil kerjasama Biro Aduan Komuniti UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Siti Rohani yang tinggal di Segamat, Johor dapat dibawa ke pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini, untuk dipertemukan dengan keluarga Siti Faiza.
Pertemuan yang boleh dibaratkan sebagai 'jejak kasih' itu cukup mengejutkan Siti Faiza dan Hazmain kerana kedatangan Siti Rohani telah dirahsiakan bagi memberi kejutan kepada pasangan tersebut.
Pertemuan pada pukul 3.55 petang itu berlangsung dalam suasana pilu kerana anak beranak terbabit masing-masing gagal menahan tangisan akibat berasa amat gembira dan bersyukur.
Tangisan Siti Faiza bertambah kuat apabila dimaklumkan oleh Siti Rohani bahawa bapanya, Abu Bakar Sulaiman sudah meninggal dunia akibat serangan sakit jantung kira-kira setahun lalu dan sampai ke akhir hayatnya Allahyarham asyik menyebut nama Siti Faiza dan hajatnya untuk bertemu anaknya itu.
Menurut Siti Rohani, dia terputus hubungan dengan Siti Faiza sejak enam tahun lalu iaitu sebaik sahaja anaknya berkahwin dengan Hazmain namun tidak pernah berputus asa berusaha menjejaki anaknya itu.
"Dalam tempoh enam tahun terpisah, saya bersama arwah suami tidak jemu-jemu mencari Siti Faiza termasuk bertanya kepada rakan-rakannya.
"Sedihnya semua usaha menjejaki anak keenam saya itu gagal sehinggalah saya menonton Buletin Pagi TV3 semalam yang menyiarkan kisah kehidupan daif Siti Faiza bersama suami dan anaknya di bawah jambatan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini.
Menurut Siti Rohani, dia akan membawa keluarga Siti Faiza kembali ke rumahnya di Segamat, Johor, untuk memulakan kehidupan baru dan sudah memaafkan semua kesalahan anak dan menantunya.
Sementara itu, Siti Faiza berkata, dia tidak menghubungi keluarganya selepas mendirikan rumah tangga kerana mengalami kesempitan hidup sehinggakan tiada wang untuk membeli tiket bas balik ke kampung atau menelefon ibu bapanya.
Hazmain turut mengiakan kata-kata Siti Faiza dan menyalahkan dirinya kerana kemiskinan mereka menjadi punca hubungan isteri dan keluarga mertuanya terputus.
Sementara itu, Muhd. Khairun memberitahu, dia menyerahkan kepada Siti Rohani untuk menentukan masa depan keluarga anaknya itu selepas ini.
"Hari ini, kita membawa Siti Norafida menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan doktor mengesahkan kanak-kanak ini mendapat jangkitan paru-paru yang kronik kerana tidak pernah mendapat suntikan imunisasi dan ubat-ubatan yang diperlukan selama ini.
"Oleh itu, Siti Norafida terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kita membenarkan nenek dan ibu bapanya membawa dia pulang ke Segamat selepas sihat," katanya sambil memberitahu Pergerakan Pemuda UMNO Segamat juga bersedia mencarikan pekerjaan yang sesuai untuk Hazmain di Segamat nanti. Turut hadir ialah Ketua Pemuda Seputeh, Mohd. Razlan Mohamad Rafii.
Thursday, October 07, 2010
Lim Guan Eng Rasis !
"Lim Guan Eng tidak layak untuk menjadi pemimpin kerana mempunyai
semangat cina yang tebal, sehinggakan guru dan pengetua yang telah
memohon maaf pun tidak dapat dimaafkan"
"Kita pun sudah tahu yang kertas siasatan telah dijalankan dan
permohonan maaf juga telah dibuat oleh kedua-dua mereka"
"Kami mengukuk tindakan pihak-pihak yang sengaja memainkan isu ini dan
sengaja mahu menimbulkan suasana yang tidak harmoni diantara kaum di
Malaysia, mereka seharusnya menunggu keputusan laporan siasatan dan
menerima keputusan itu kelak"
"Lim Guang Eng seorang pemimpin yang rasis apabila menolak permohonan
Penduduk Kampung Asam untuk berunding berkenaan dengan notis roboh
yang diterima mereka kerana penduduk kampung Asam adalah orang Melayu,
tetapi menerima kunjungan penduduk dari kampung Kolam yang mana semua
penduduknya berbangsa Cina dan berjanji akan menawarkan khidmat guaman
kepada mereka"
"Inilah contoh seorang pemimpin yang rasis dan tidak akan perdulikan
orang melayu, tetapi pada masa yang sama ingin menuduh YAB Timbalan
Perdana Menteri seorang yang rasis"
"Lim Guang Eng tidak sesuai menjadi pemimpin di Malaysia sekiranya
melihat bangsa Melayu sebagai bangsan yang mengancam beliau"
Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, October 06, 2010
Kes Liwat Anwar lagi !!
Beliau hadir di IPD Kelang pada jam 2.30pm bersama peguam beliau untuk membuat laporan.
Sidang media yang dirancang pada jam 4pm di restoran Lotus gagal disebabkan ada penyokong hindraft menganu dan mengugut Rahimi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, September 28, 2010
Jangan ikut rentak Pembangkang
''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya."
Utusan Malaysia Muka 2.
KUALA LUMPUR 27 Sept. - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak patut terikut-ikut dengan permainan politik pembangkang yang menggesa kerajaan menghukum seorang pengetua dan seorang guru atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, keputusan mengenai hukuman ke atas kedua-dua penjawat awam itu akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Justeru katanya, parti komponen BN seperti MCA dan MIC perlu menghormati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Lembaga Siasatan.
''Semua pihak harus menunggu keputusan JPA dan jangan cuba mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Semua parti komponen harus menerima keputusan yang akan dibuat.
"Kita jangan terikut-ikut rentak pembangkang yang sering kali tidak akan menerima keputusan sekiranya ia tidak menyebelahi mereka,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Ketua Pemuda MIC, T. Mohan 'memberi masa' selama dua minggu buat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan mengambil tindakan ke atas pengetua dan guru tersebut.
Menurut Mohd. Razlan, banyak juga isu kaum Cina dan India yang membabitkan pemimpin pembangkang melakukan kesilapan, tetapi apabila mereka memohon maaf ia diterima.
''Apabila memohon maaf kita boleh menerima dan tidak pula membuat demonstrasi atau desakan bertubi-tubi," katanya.
Mohd. Razlan menambah, Pemuda UMNO sentiasa memberi sokongan penuh kepada pengetua dan guru berkenaan memandangkan mereka berdua telah memohon maaf secara terbuka kepada umum.
''Anda tidak perlu gentar dengan ugutan daripada mana-mana pihak kerana Pemuda UMNO ada di belakang anda,'' katanya.
Friday, September 24, 2010
Kembalikan Kegemilangan Pemuda – Razlan
Oleh: MOHD NASRI ZAKARIAH.
KUALA LUMPUR 24 Sept – Kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk mengembalikan kegemilangan zaman Pemuda UMNO berbanding sekarang yang kelihatan lemah dan lesu.
Ketua Pemuda Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, untuk mengembalikannya Pemuda UMNO perlu merapatkan keregangan yang berlaku berikutan pemilihan pucuk kepimpinan tidak lama dahulu.
“ Sehingga sekarang, saya tidak nampak gerakan dan ikhlas untuk menyatukan Pemuda UMNO yang telah berpecah kepada tiga kumpulan sehingga tidak dilihat sebagai tunjang kepada perjuangan parti.
“Penyatuan merupakan asas kepada perjuangan, Saya tidak nampak yang kita sudah cukup bersatu di dalam erti perjuangan sebenar, banyak perkara yang kita buat tidak menampakkan keserasian,” katanya kepada UMNO-online.
Menurutnya, tindakan segera itu perlu dilakukan segera dan bukan hanya melalui kata-kata tetapi hendaklah direalisasikan dengan tindakan kerana apa yang berlaku kebelakangan ini hanyalah sekadar ucapan tanpa pelaksanaan.
“Sering kali terjadi apabila ketua bercakap, ianya tidak disambut oleh kepimpinan pemuda sehingga menyebabkan apa yang dilakukan nampak longlai bagaikan tidak bertenaga dan menyuarakan apa jua perkara,” katanya.
Razlan berkata, perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini perlulah melupakan segala permasalahan yang berlaku dahulu dan kembali dalam satu barisan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Untuk kita membina kekuatan dan penyatuan yang kukuh, ianya mesti dimulakan dari dalam hati, semua pihak seharusnya menerima dan bekerja bersama-sama, jadikan perhimpunan ini untuk menjadikan Pemuda UMNO sebagai satu barisan yang mantap.
“Jangan jadikan kehadiran itu nanti sebagai untuk mencukupkan syarat dan apa yang diperbincangkan sekadar untuk dalam dewan perhimpunan tanpa gerakan dan pelaksanaan menyebabkan mereka yang di bawah kabur dan tidak tahu hala tuju masing-masing,” katanya.
Katanya lagi, sehingga sekarang beliau tidak nampak gerakkan drastik dan ikhlas dilakukan oleh pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa Pemuda UMNO adalah pemuda lemah.
Menurutnya, permasalahan itu tidak boleh dibiarkan kerana Pemuda UMNO adalah barisan pelapis yang akan mewarisi perjuangan kepimpinan sedia ada apabila tiba waktunya nanti.
Razlan berkata, perhimpunan ini adalah lokasi terbaik selain dengan kehadiran pemimpin dari seluruh negara yang bakal memperdebatkan pelbagai perkara dalam mencari hala tuju parti bagi memastikan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO terus menerajui pemerintahan negara. - MediaUMNO
Thursday, September 16, 2010
Mahathir permata yang bersinar
Artikel ini sememangnya menjurus kepada penghinaan kepada seorang mantan Perdana Menteri yang telah memimpin negara kita selama 22 tahun.
Seorang pemimpin yang telah membawa kemajuan kepada Malaysia dan selama beliau memimpin kita, sudah banyak perubahan dan sudah terbukti cemerlang Malaysia di mata dunia.
Saya nak ingatkan kepada penulis (Meng Lun Yong), ramai lagi pemimpin yang seusia Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bergiat aktif dalam memberi nasihat kepada negara mereka. Saya percaya permata ini bukanlah seorang nyanyuk seperti yang digambarkan oleh kamu.
Sememangnya kamu seorang yang mentah lagi budak sekiranya nak dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan dan dicurahkan oleh seorang negarawan iaitu Dr. Mahathir. Kamu sememangnya tidak layak untuk mengkritik seorang negarawan kerana kamu sendiri agak hodoh dan dungu apabila menulis tentang konsep 1Malaysia, dan bahasa kasarnya, "Kamu seorang yang kurang ajar".
Dr. Mahathir merupakan mutiara dunia yang mana sehingga hari ini dunia menagih pendapat dan pandangan beliau, bukan hanya di Malaysia tetapi dunia mengiktiraf beliau.
Dr. Mahathir memang ahli UMNO dan apabila beliau berkata begitu, sememangnya kita mempunyai agenda UMNO yang memastikan orang Melayu tidak dipinggirkan, seperti juga MCA dan MIC, mempunyai agenda kaum masing-masing untuk diperjuangkan. Melalui BN kita merungkai persamaan dan bersama kita memacu negara ini mengikut acuan kita sendiri tanpa menindas kaum yang lain.
Saya percaya kamu seorang yang penakut untuk menerima hakikat yang Malaysia ini sebuah negara yang mempunyai Rukun Negara dan mempunyai Perlembagaan yang mesti diikut dan dipatuhi.
Apabila kita faham dan sedar serta terima rukun dan perlembagaan Malaysia, saya percaya kamu akan sedar dan insaf yang bumi dipijak ini adalah untuk dikongsi bersama-sama kaum lain tetapi kena sedar yang kaum Melayu adalah pribumi Malaysia.
Kek ekonomi yang hari ini dimonopoli oleh orang Cina membuktikan yang kaum ini diberi layanan yang teristimewa dibandingkan dengan kaum lain. Kaum Cina mendapat keistimewaan melalui pembangunan tanah-tanah kerajaan melalui syarikat gergasi mereka, berniaga di sektor swasta. Ini semua keistimewaan yang kita beri kepada orang Cina agar bangsa mereka tidak dipinggir di dalam Malaysia.
Sekiranya kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) mahu meminggirkan bangsa tertentu sudah tentu orang Melayu sudah lebih maju dibandingkan dengan orang Cina melalui pemberian kontrak dan tanah-tanah kepada hanya syarikat Melayu. Sekiranya Dr. Mahathir seorang rasis semasa mentadbir, sudah tentu orang Melayu memonopoli ekonomi negara.
Sememangnya kita khuatir dengan situasi apabila ramai rakyat yang menggunakan konsep 1Malaysia untuk menagih hak sama rata. Saya nak ingatkan kepada penulis sekali lagi, kenapa ada pihak yang tidak mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan? Kenapa kita tidak mahu menerima konsep sekolah kebangsaan yang menghimpunkan semua kaum di bawah satu bumbung?
Hak keadilan yang diberikan adalah perjanjian di antara pemimpin terdahulu untuk memberikan kelebihan kepada penduduk pribumi bagi mengimbangi pembangunan negara. Ini semua telah dimeterai semasa Tanah Melayu menuntut kemerdekaan dan memberikan peruntukan satu juta kewarganegaraan kepada kaum bukan pribumi.
Di Malaysia, kepada sesiapa yang belajar pandai dan bekerja rajin, sudah pastinya golongan ini akan dapat imbuhan daripada apa yang diusahakan oleh mereka.
Berkat daripada kepimpinan Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lepas, semua rakyat di Malaysia hidup aman dan damai. Sudah tentu Malaysia akan lebih cepat maju sekiranya kita tidak mempunyai rakyat yang berpandangan seperti Meng Lun Yong. Beliau seorang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih kepada pemimpin yang lepas.
Adalah amat bahaya beliau menggunakan pena penulisan untuk mengajar rakyat tidak berterima kasih terhadap apa yang diusahakan oleh pemimpin terdahulu.
Mohd. Razlan Muhammad Rafii
Puchong, Selangor
Utusan Keluaran 17 September 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0917&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm
Tuesday, September 14, 2010
Menjelang Mesyuarat 2010 - Versi 1
Tanggal itu jugalah kita melihat Semua sayap-sayap dipimpin oleh pemimpin baru, muda dan bertenaga.Didalam lubuk hati orang-orang Melayu mahu melihat sayap-sayap ini berkerja dan memperbaiki kesilapan pemimpin yang terdahulu.
Masih segar teringat semasa kempen dijalankan, ramai yang bertanya soalan dan ramai pula yang bertanyakan sifat-sifat kepimpinan kepada calon-calon, mahu melihat betapa pandai dan cerdiknya calon itu menjawab dan mengolah soalan. Kadang-kadang, soalan yang ditujukan macam sengaja mahu memerangkap pemimpin tertentu.
Sejauh mana dialog ini dijadikan batu ukuran semasa memangkah kertas undi, sukar mahu kita menjawabnya, sekiranya kita melihat semasa pencalonan, sudah tentu kita melihat permimtaan akar umbi tidak diendahkan oleh perwakilan, mungkin juga semasa berdialog, para perwakilan menukar pilihan mereka kepada pemimpin yang mereka percaya akan membawa kepada pembaikkan UMNO secara total.
Sekarang sudah hampir 1 tahun 8 bulan kepimpinan baru mentakbir UMNO, semua yang dijanjikan semasa berkempen, kita boleh melihat kesungguhan mereka untuk melaksanakan tanggunjawab mereka, bak kata pepatah, Manusia berpegang pada janji, tetapi kalau mereka tidak berpegang kepada janji, bukan manusia la agaknya.
Mesyuarat kali pertama penggal ini, UMNO sudah menunaikan janji mereka dengan mengubah Perlembagaan. Memberi kuasa kepada ahli akar umbi untuk membuat pilihan pucuk pimpinan, mengadakan permutihan di setiap cawangan-cawangan, dan banyak kerahan tenaga kepada MT dan juga Ketua-ketua Bahagian untuk memastikan kita bekerja kuat bagi mewujudkan gelombang perubahan di setiap setiap pelusuk Negara.
Kalau nak ikut jadual, kita hanya tinggal 14 bulan sahaja untuk menghabiskan sisa-sisa penggal yang ada. Sejauh mana kita melaksanakan tanggunjawab kita sudah boleh diukur dengan laporan di dalam kertas.
Kalau kita betul-betul pemimpin yang bukan retorik, sudah tentu nama dan kerja kita terpahat di bibir rakyat ataupun ahli UMNO. Kalau kita seorang yang mahu menjaga nama dan kedudukan didalam parti, kita boleh melihat, mereka-mereka ini akan bergerak sekarang dan mencari publisiti di sana sini untuk memghapuskan dosa-dosa mereka selama 1 tahun 8 bulan menjadi ketua yang tidak bekerja.
Tulisan yang akan datang ini, akan menceritakan secara dekat kepimpinan Sayap yang buat kerja, curi-curi buat kerja, main nyorok-nyorok semasa bekerja, dan macam-macam lagi jenis pemimpin, yang mana sudah tentunya kita boleh lihat menagak sendiri siapakah pemimpin itu.
Kalau pihak MT bermesyuarat setiap bulan dan pengurusan bermesyuarat setiap 2 minggu, sudah tentu setiap mesyuarat ada perkara dan agenda untuk di turunkan kepada sayap-sayap untuk dilaksanakan, tapi apa akan jadi kalau sayap buat mesyuarat hanya 4 bulan sekali, apakah agenda yang boleh disampaikan.
Hakikatnya senang, kalau kita sakit nak mati, sudah tentu banyak wayar-wayar di pasang kat badan kita, banyak alat-alat perubatan dan Doktor akan monitor secara dekat agar kita dapat diselamatkan, tetapi pelik, ada sayap yang tidak hirau dan endah. Mungkin mereka mahu melihat penyakit itu terus menekan dan membunuh ataupun kepimpinan itu tidak tahun menggunakan mesin dan peralatan yang telah dibeli sebelum ini kerana kekurang pengalaman atau kekurangan pakar.
bersambung..
Saturday, September 04, 2010
Iklan TV3 Jadi Isu
Assalamualaikum saudara Pengarang,
Hari Raya sering kita dihiburkan oleh cerita-carita yang menarik di Sistem
Television tempatan, kerana ramai sanak saudara mengunjung ke rumah-rumah dan ramai
yang duduk di rumah menghabiskan masa dengan keluarga sambil menonton TV.
Banyak juga syarikat-syarikat yang akan membuat iklan raya untuk di tontonkan
kepada penonton. Tidak lari juga stesyen-stesyen tv yang sudah pastinya mereka berkariya untuk mencipta iklan yang mesejnya berkongsi kegemiran di hari lembaran.
Didalam kita ghairah mereka dan mendeklamasi karya kita kekadang kita terlupa
menjaga dan membawa impirasi ini sehingga kita terlupa budaya dan adat resam sesebuah agama.
Saya agak terperanjat apabila melihat iklan TV3 yang dipratontonkan kepada umum
untuk tahun ini. Iklan ini megambarkan ada seorang budak lelaki yang duduk di rumah
dan dikunjungi seorang tua menggunakan beca dan membawa beliau terbang seperti
santa cloas.
Orang tua yang memakai kopiah itu kemudiannya mejemput kanak-kanak lain dan membawa
mereka ke satu destinasi yang dikumpulkan untuk menunjukkan kegemiraan menyambut raya.
Saya melihat didalam kita ghairah menggunakan teknologi tinggi didalam pembikinan
iklan ini, penciptanya lupa akan budaya orang Islam, sehigga membawa budaya Hari
Natal didalam berkarya.
Saya berharap agar pihak TV3 lebih sensitif didalam mencipta iklan-iklan dimasa
akan datang. Iklan 1 minit ini sudah tentunya akan memberi kesan yang buruk kepada
kanak-kanak yang mana mereka akan disalahtafsirkan diantara hari natal dan hari
raya.
TV3 perlu bersama menyemai budaya ketimuran dan menjaga adat resam orang islam dan
TV3 juga perlu lebih bertanggunjawab untuk mengekalkan budaya setiap agama agar
kita tidak terikut-ikut budaya orang lain.
Kewujudan bunga teratai pada akhir iklan itu langsung tidak menunjukkan semangat
hari raya dan berkait dengan orang-orang islam. Ia lebih kepada simbol agama Budha.
Iklan ini juga sudah menjadi bahan cercaan didalam laman-laman sosial dan mendapat
komen yang negatif yang banyak. Sebanyak 498 komen yang mengkritik iklan ini
di laman facebook.
Jesteru itu, eloklah tv3 menarik balik iklan ini dari ditonton. Dan jangan kita
ulangi kesilapan kita dengan tidak menjaga budaya dan senstitiviti setiap bangsa
dan agama yang menginap di Malaysia.
Selamagt Hari Raya
Mohd Razlan Bin Muhammad rafii
Ketua Pemuda UMNO Seputeh.
Friday, September 03, 2010
Saturday, August 28, 2010
DAP HINA ISLAM !!
Berikut adalah laporan lengkap polis yang telah dibuat oleh Pergerakaan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh pada 29 ogos jam 11am di
balai polis brickfields.
Berkenaan dengan Pengerusi DAP yang mempertikaikan arahan SULAN Selangor.
"Kita tidak memerlukan seorang rakyat Malaysia yang masih tidak mahu
belajar adat resam orang Islam, lebih-lebih lagi Beliau ini seorang
pemimpin masyarakat. Kalau sudah hanpir 53 tahun kita merdeka masih
lagi bodoh dan tidak mahu belajar, kami mendesak beliau keluar sahaja
dari malaysia"
"DAP, saya ingatkan jangan nak gunakan agama Islam untuk meraih
sokongan, jangan sesekali menggunakan agama islam sebagai alat kamu
untuk menagih undi dari orang Islam"
"Saya mendesak agar KDN dapat menyiasat perkara ini dengan lebih
dalam, sudah pastinya dengan laporan media, akan timbul perdebatan dan
pertengkaran di perata-rata kawasan oleh disebabkan ada puak-puak yang
akan mempertahankan tindakan dan menyokong tindakan MP Serdang ini,
oleh itu, kesalahan dan pencerobihan sudah dilakukan, berita pun sudah
dihebahkan, Maaf sahaja tidak cukup kerana kami orang islam sudah
terasa dihina dengan keji" - Mohd Razlan.
Laporan Polis :
Saya telah pada 28/8/2010 melayari internet dan telah membaca entri
laman Malaysian Insider di www.themalaysianinsider.com mengenai
perbuatatn YB Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching memasuki dan berucap
di ruang sembahyang Surau Al-Huda di Serdang dan kenyataan Pengerusi
DAP Selangor Ean Yong Hian yang mempertikaikan tindakan Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching
diatas tindakan beliau berucap di ruang sembahyang surau tersebut.
Seperti sedia maklum, orang bukan Islam dikategorikan sama seperti
perempuan yang dalam keadaan hadas besar dan diharamkan untuk memasuki
ruang sembahyang di masjid-masjid atau surau-surau demi untuk menjaga
kebersihan dan kesucian tempat ibadat tersebut. Perbuatan YB Teo Nie
Ching ini jelas tidak menghormati adap tatasusila dan hukum Islam,
terutamanya di bulan Ramadhan yang mulia ini, dengan memberi ucapan
dalam keadaan tidak menutup aurat dan bersih dari hadas besar, dimana
ianya boleh membangkitkan kemarahan umat Islam.
Oleh yang demikian, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Seputeh, dengan ini membuat laporan ini supaya satu siasatan dilakukan
untuk menentukan sama ada tindakan YB Teo Nie Ching itu adalah sengaja
untuk mencetuskan kemarahan umat Islam dan sama ada ianya satu cubaan
untuk menghasut orang ramai kepada satu pertikaian agama
Laporan ini juga dibuat agar satu lagi siasatan dilakukan terhadap Ean
Yong Hian yang membuat kenyataan mempertikaikan tindakan MAIS memberi
amaran kepada YB Teo Nie Ching. Ini adalah kerana perbuatan beliau
dilihat sebagai cubaan untuk mempolitikan perkara tersebut yang mana
ianya boleh mencetuskan ketegangan aga ma
Kami melihat bahawasanya kedua-dua individu yang disebutkan diatas
telah melakukan pencerobohan hak-hak agama dan pencerobohan hak-hak
Raja-Raja Melayu yang melibatkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor
yang telah dijamin dibawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan
kami melihat terdapat juga unsur-unsur hasutan yang boleh menimbulkan
keadaan huru hara dan perbalahan agama diantara kaum Melayu dan umat
Islam dengan bangsa-bangsa lain.
Dengan laporan di atas, saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian
Seputeh mengesa pihak polis melakukan siasatan dan membawa mereka yang
terlibat ke muka pengadilan.
Inilah laporan saya.
Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
Friday, August 27, 2010
Balik Negara Asal kalau Tak Paham Budaya Malaysia !!
Sultan Sharafuddin Shah sememangnya telah memperingatkan kepada semua ahli politik agar jangan menggunakan Masjid untuk berpolitik kerana ia merupakan rumah ibadah yang perlu dihormati oleh semua ahli politik.
Semua jemaah surau atau Masjid semestinya mengetahui adat dan tertib orang islam untuk memasuki Suraiu atau Masjid. Dari kecil lagi saya telah diajar dan diberitahu orang yang tidak suci tidak sesuai memasuki surau atau masjid.
Oleh disebabkan orang PAS dan Kafir Lakhnattullah yang duduk di Malaysia ini sudah dipengaruhi oleh orang-orang PAS yang mahukan undi, kafir Lakhnat ini telah dibenarkan memasuki dan membenarkan mereka memberikan ucapan di tempat Imam.
Akibat dari tindakan ini, Sultan Selangor telah murka, dan memberi amaran agar tidak mengulangi perkara ini.
Tapi amaran ini telah disangkal oleh Pengerusi DAP(Orang Kafir) dan menyatakan mereka kesal kerana Sultan Murka. Ini merupakan satu yang kurang ajar terhadap raja-raja Melayu.
Bukannya mereka nak meminta maaf, tetapi mereka mempertikaikan tindakan Sultan Selangor yang murka.
Amat kurang AJAK Kafir Lakhnattullah ini.
Saya syorkan kepada sesiapa kaum pendatang yang duduk di Malaysia yang tidak Memahami budaya orang Melayu, pergilah balik ke Negara Asal. Kami sudah muak dengan tindakan kamu yang tidak menghormati kaum pribumi.
Nyah kamu dari Bumi Malaysia.
Sunday, August 22, 2010
Pentingnya Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan.
Terlalu banyak isu yang terjadi di negara kita sehinggakan saya sendiri tidak tercapai untuk mengarang.
Tapi yang pastinya isu yang timbul hari ini semuanya membabitkan Masyarakat Melayu. Isu yang lapuk dan sering ditimbulkan oleh orang cina untuk menekan Melayu.
Permintaan dari orang cina kepada kerajaan terhadap dasar kerajaan Malaysia yang mementingkan orang Melayu di bidas dan dipermainkan seolah-olah Melayu menumpang di Malasyia.
Pemimpin Melayu yang menyalak mempertahankan kepentingan orang Melayu juga merupakan tin kosong. Rakyat diam membisu, dan kerajaan diam macam tidak ada apa-apa tindakan yang harus diambil.
Kita lihat sahaja isu Tony Pua yang mempertikaikan keistimewaan 7% diskaun Bumiputera dan mahu ianya dihapuskan. Alasan beliau adalah kerana orang yang mahu membeli rumah yang mahal sudah mampu dan tidak perlu untuk diberi keistimewaan.
Demografi orang-orang Melayu sebenarnya sudah disusun oleh orang-orang cina semenjak mereka memegang Kementerian Kerajaan Tempatan. Banyak dasar kerajaan yang telah dimanupulasi oleh mereka dan memberikan orang-orang Cina duduk di bandar-bandar.
Orang Melayu bukan tidak mampu membeli rumah akan tetapi orang Melayu telah dimainkan oleh kontraktor-kontraktor Cina yang sering mengatakan rumah sudah habis dijual dan macam-macam lagi alasan apabila ada pembeli Melayu ingin membeli rumah.
Ini berlaku juga di tempat-tempat lot-lot kedai yang mempunyai lokasi yang baik dan berpotensi untuk berniaga, ada sahaja alasa apabila ada orang Melayu yang mahu membeli.
Kenyataan Chua Soi Lek yang mahu berganding dengan DAP di atas perjuangan bangsa telah menunjukkan orang Cina telah lama bersama sekiranya ada perkara melibatkan kepentingan bangsa mereka.
Mereka mahu merebut 30% hak yang telah diperjanjikan sebelum ini. Mereka melihat sekarang merupakan masa yang baik untuk menekan orang Melayu kerana orang Melayu sudah berpecah.
Semangat BN sudah tidak ada didalam diri MCA sudah lama, mereka sememangnya sudah mengatur langkah-langkah menyusun ornag-orang cina duduk dibandar dan bandar-bandar baru melalui Kementerian Kerajaan Tempatan. Dan sekarang, penyusunan ini telah memberikan mereka kelebihan untuk menakluk Malasysia, hanya tunggu masa yang sesuai.
Sekiranya ini terjadi, kita jangan nak menunding jari kepada seseiapa, Orang Cina kalau nak bersatu itu hak mereka, kerana kita juga sering kali melaungkan ingin bersatu dengan PAS tetapi sehingga sekarang tidak tercapai. Dan Chua Soi Lek hanya mengeluarkan satu ayat yang mana itu hak masyarakat Cina.
Jesteru itu, tidak terlewat untuk kita menyusun kembali msyarakat Melayu untuk duduk di Bandar-badar. Jadikan lah Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan sebagai senjata kita untuk menyusun kembali masyarakat Melayu di bandar.
Saya percaya, Pemimpin Negara amat sukar untuk mengambil kementerian ini dari dulu, kerana sebelum ini cina memberikan sokongan yang baik kepada kerajaan BN. Tetapi ingatlah, didalam memberi sokongan, mereka menyusun bangsa mereka untuk duduk di bandar. Inilah masanya yang sesuai untuk ini mengambil kembali Kementerian ini kerana mereka sudah tidak bersama kita!
Friday, August 06, 2010
Selangor Sediakan Tapak ARAK lebih Besar ??
Didalam perbincangan beliau dengan Carlsberg adalah berkisar perbincangan untuk memindahkan kilang arak, mereka bukanya untuk berbincanga agar di TUTUP seperti janji PAS kepada penyokong mereka sebelum ini, tetapi akan dipindahkan dengan lokasi yang lebih besar?
Selepas Gereja terbesar di Asia didirikan di Bukit Jalil Selangor, Kandang BABI terbesar di Asia di Selangor dan sudah pastinya kilang Arak terbesar di Selangor akan dicadangkan oleh ADUN DAP.
Dan sudah pastinya akan disambut oleh Khalid Samad kerana beliau sememang memperjuangkan hak DAP.
Baru 2 tahun memerintah, Rakyat Selangor sudah boleh bangga dengan Pembangunan ini.
Sudah pastinya sokongan rakyat kepada kerajaan negeri selangor sekarang tidak akan berubah kerana mereka semestinya bangga dengan Gereja Terbesar, Kilang Babi terbesar dan akan datang, Kilang Arak Terbesar.
Ini semua sudah tentunya akan membawa ransangan ekonomi kepada rakyat Selangor dan sudah tentunya gejala HARAM ini akan menyerapi budaya orang-orang melayu dalam jangka masa singkat.
Akibat dari ini, ingatlah wahai Melayu, BUDAYA kita akan diubah, AGAMA kita akan di pijak-pijak, dan bangsa kita akan pupus. Ya mungkin bukan sekarang, tapi mungkin lagi 50 tahun.
Melayu tidak akan peduli apa akan jadi 50 tahun akan datang, lebih-lebih lagi budak-budak sekarang yang dibawah muda-muda, ramai yang sudah ibarat melupakan bangsa dan agama dan tanggunjawab kepada Negara.
pikirkan bersama ....
Tuesday, July 27, 2010
Rakyat Seputeh Malu.
Laporan ini sunggguh memalukan kita sekiranya Ahli Parlimen Seputeh terlibat, ini adalah kerana beliau merupakan seorang ahli Parlimen yang memegang jawatan Exco kerajaan Selangor kerana beliau juga memegang ADUN Kinrara.
Walaubagaimanapun laporan ini tidak menyatakan siapakah ADUN terbabit, tetapi sekiranya beliau merupakan Ahli parlimen Seputeh, Rakyat Seputeh sepatutnya merasa malu kerana mempunyai Ahli Parlimen berperangai seperti ini.
Kami juga menyarankan YB Teressak Kok membuat pengakuan terbuka sekiranya tidak terlibat dengan siasatan ini.
Kerajaan Negeri Selangor yang sering kali bercakap pasal intergiti, seharusnya memberitahu umum siapakah exco yang terlibat. Rakyat seharusnya tahu masalah yang melibatkan Wakil Rakyat mereka.
Wednesday, July 21, 2010
Pusat Pelacuran di Sebelah Pusat Khidmat Teressa Kok
Sempena kehadiran YB Menteri KDN, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ke UMNO Bahagian Seputeh, kami telah mengambil peluang untuk menghantar laporan kegiatan haram di sekitar Seputeh.
Terdapat hampir 300 pusat Pelacuran, Pusat Judi dan juga Pusat Tarian Bogel di sekitar Seputeh dan diharapkan dengan laporan ini ianya dapat permudahkan pihak polis mengambil tindakan yang sewajarnya.
Yang memeranjatkan kami lagi, terdapat satu pusat pelacuran betul-betul di tepi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresak Kok.
Ini menunjukkan beliau memang sudah lama tidak turun kawasan Seputeh. Pekerja beliau juga buta mata kerana sememangnya kegiatan ini dilindungi di Selangor.
Dengan harapan yang tinggi, kami mendesak agar pihak KDN dibawah Hishamuddin akan lebih bertindak PROAKTIF dan bukan mempraktikkan budaya menunggu laporan sahaja.
Tuesday, July 13, 2010
Mesyuarat Pemuda Bahagian 2010
4 Julai 2010@8.00pm - Mesyuarat Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh telah dirasmikan oleh YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Seramai 101 perwakilan telah hadir didalam Mesyuarat kali ini.
Berikut petikan semasa ucapan persmian...
“Selogan Rakyat Didahulukan dan Penyampaian di utamakan seharusnya di
fahami oleh semua lapisan pentakbir kerajaan yang menjalankan dasar
ini, kita seharusnya memikirkan bagaimana untuk mendahulukan rakyat
yang memerlukan pembelaan dan mengurangkan masalah miskin Bandar.
Kalau pihak kerajaan sudah memikirkan sehingga membela golongan
Pengawal, ini bermaksud pihak kerajaan akan membela mereka yang sama
kategori pendapatan seperti mereka. Ini melibatkan mereka yang
menjalankan kerja-kerja sebagai Pencuci, Pemotong Rumput, dan
sebagainya.
Ramai yang komplain apabila Dato Bandar DBKL memotong budget
penyelengaraan yang diberikan kepada kontraktor setiap 3 tahun sekali.
Semua yang terlibat untuk menjalankan kerja-kerja penyelengaraan ini
selalunya mereka yang berpendapat rendah, jesteru itu, apabila DBKL
memotong budget ini, sudah tentu mereka ini tidak akan mendapat gaji
yang sepatutnya. Dan apa yang terjadi golongan yang miskin ini akan
tetap ditindas dan ditekan oleh pihak DBKL kerana menjimatkan
perbelanjaan setiap tahun.
Kalau kita nak kurangkan perbelanjaan, kurangkan dari segi Pembangunan
dan janganlah sesekali kita mengurangkan penylengaraan kerana ini
adalah service kepada rakyat, dan secara tidak langsung pekerjanya
ramai yang berpendapatan rendah yang sepatutnya dibela.
Kita pun tak tahu berapa banyak cukai pintu yang gagal dikutip oleh
DBKL, dan tidak tahu berapa banyak hasil yang dapat di kutip setiap
tahun, yang kita dengar setiap tahun DBKL kekurangan budget.
Kalau ini berterusan, kami berpendapat sudah masanya kita meletakkan
satu Badan yang boleh melihat dengan lebih dekat apa yang sebenarnya
pihak DBKL buat setiap tahun.” – Kata Razlan dalam ucapan semasa
Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagia Seputeh 2010.
Didalam Ucapan Perasmian Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Seputeh
semalam , YB Dato Razali Ibrahim (Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia)
menyarankan Pemuda UMNO bergerak lebih proaktif untuk menyeru belia
untuk mendaftar sebagai pengundi, dan ini merupakan tanggunjawab
mereka sebagai warganegara setelah cukup umur 21 tahun.
“Dengan semangat dan perjuangan yang tinggi, kita akan berusaha
menarik kira-kira lima juta pengundi muda untuk mendaftar di
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Cabaran kita untuk mendekati pengundi muda semakin mencabar dengan
senario politik hari ini tetapi itu bukan alasan Pemuda untuk tidak
mendekati mereka.” katanya.
Friday, July 09, 2010
Futsal - Bulan Belia Dan Sukan
27 Jun 2010 - Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Seputeh telah
menganjurkan Program Juara Rakyat Bulan Belia dan Sukan bertempat di
Score Arena Jalan Klang Lama. Program ini telah dirasmikan oleh YB
Dato Seri Mohamad Khir Bin Toyo.
Sebanyak 64 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Kejohanan ini
terlah menawarkan hadiah sebanyak RM1000.00 pada juara, RM500 pada
Naib dan RM150 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk tempat ke-empat.
Seramai 800 golongan belia hadir didalam program ini.
"Terima kasih kepada semua peserta pertandingan ini, dan diharapkan
semua generasi belia di kawasan Seputeh dapat memainkan peranan yang
penting didalam menjaga maruah diri kerana kita melihat banyak gejala
sosial yang memalukan keluarga dan agama kita kebelakang ini. Program
ini merupakan program terakhir kami sempena Bulan Belia Dan Sukan,
dimana pada minggu lepas kami telah menganjurkan program Kursus Pra
Perkahwinan secara percuma khas untuk generasi belia di kawasan
Seputeh" - Mohd Razlan Muhammad Rafii (Ketua Pemuda UMNO Seputeh)
"Generasi Belia khususnya Melayu perlu memainkan peranan yang lebih
penting didalam Pendidikan, kita perlu bersaing dengan bangsa lain
yang jauh lebih memahami kepentingan Pendidikan, jesteru itu Orang
Melayu kene sedar dan memainkan peranan yang penting didalam
Pendidikan"
"Genersi Belia Melayu juga seharusnya lebih bertanggunjawab kepada
Negara dengan mendaftar sebagai Pegundi, mengikut statistik sehingga
bulan Mac di Negeri Selangor, seramai 5000 belia cina berdaftar
berbanding dengan belia Melayu hanya 3000, jesteru itu, untuk kita
mengekalkan mejoriti pengundi orang Melayu, kita mesti mendaftar
sebagai pengundi, dan jentera Pemuda dan Puteri seharusnya memainkan
peranan yang lebih aktif untuk membantu belia Melayu untuk mendaftar"
- YB Dato Seri Khir Bin Toyo.
Bermula dengan Surat Kepada KeBawah Duli Tuanku
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Marilah kita muhasabah diri dengan melihat apa kejadian yang menimpa masyarakat sekeliling k...
-
DAULAT TUANKU Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah perkenan Ke bawah Duli Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertu...
-
Keputusan Kerajaan selangor untuk mengekalkan Elizibert sebagai Exco Pelancongan dan kekal sebagai ADUN merupakan satu tindakan cakap tak se...